AKHLAK RASULULLAH SAW DAN JADI PEMIMPIN BERJIWA BESAR

Baginda Rasulullah SAW adalah pemimpin terbaik dunia dan suri teladan sepanjang zaman untuk semua manusia. Akhlak baginda jika diamalkan, tidak akan merugikan sebaliknya ia mampu memberikan kejayaan.



Begitu juga dalam dunia politik. Tidak dapat dinafikan Rasulullah SAW adalah ahli politik yang terkenal dan amat berjaya. Malangnya, terlalu ramai ahli politik pada zaman sekarang yang enggan mengikuti cara Rasulullah SAW ini.



Malahan ada segelintir ahli politik kita, termasuk bekas pemimpin negara yang lebih sanggup menggunakan konsep Machiavelli berbanding apa yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW.



Sebagai contoh, konsep berjiwa besar dan memaafkan mereka yang pernah melakukan kesalahan. Ada bekas pemimpin kita yang terlalu ego hingga tidak sanggup untuk menyahut salam maaf daripada pemimpin lain.



Mereka lebih sudi berpelukan dan bersekongkol dengan parti yang ‘anti-Islam’ daripada menurunkan ego meminta maaf.



Ada juga segelintir bekas pemimpin yang sanggup melakukan fitnah ke atas pemimpin negara sedia ada demi untuk melangsaikan agenda peribadinya sendiri.



Mereka ini tidak ada langsung sifat-sifat politik Rasulullah bagi menyantuni politik tanah air. Sebaliknya, politik kebencian dan ‘bunuh membunuh’ diamalkan untuk menentang pemerintah negara.



Ia jauh sama sekali daripada menjiwai politik kasih sayang yang diamalkan oleh baginda SAW iaitu berjiwa besar, pemaaf dan bercakap benar.



“Muhammad itu utusan Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka,” – Surah Al Fath: 29.



Dalam konteks politik Malaysia pula, mereka yang bermusuh dengan agama Islam melalui tindak tanduk dan kenyataan serta perjuangan mereka adalah DAP.



Sebagai contoh, lihatlah bagaimana pendirian parti Chuavinist itu yang masih kabur dalam beberapa perkara termasuk hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan..



Siapa yang berkasih sayang dengan DAP dan bertindak kasar dengan pemerintah negara? Tidak perlu dijelaskan dan tidak perlu kita rumuskan secara terperinci kerana masing-masing antara kita sudah mengetahui siapa gerangannya.



Apa yang pasti, ahli politik dan parti politik itu secara keseluruhannya telah bercanggah dan songsang dengan suruhan Allah melalui surah Al Fath serta tidak mengikut seperti yang diamalkan baginda Rasulullah SAW.



20161212-najib-razak-mailidul-rasul