APA SEBENARNYA JAWATAN MAHATHIR DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?

Parti DAP perlu mengeluarkan kenyataan media apakah status dan peranan yang bakal diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Pakatan Pembangkang susulan kehadiran beliau dalam Persidangan DAP Ahad lepas.


Untuk seorang musuh politik yang kini sudah berbaik-baik dengan DAP dan dijemput hadir ke persidangan besar pembangkang pastinya untuk diberikan peranan dan jawatan yang besar serta penting dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN.


DAP perlu memberikan kenyataan mereka susulan satu rakaman video oleh ahli politik mereka, Hew Kuan Yau yang turut dikenali sebagai Superman yang mengatakan dalam bahasa Cina bahawa pihak DAP hanya mempergunakan bekas Perdana Menteri itu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja.


Oleh itu, kenyataan perlu menyatakan apakah tujuan sebenar Dr Mahathir berada di dalam pembangkang atau hanya sekadar sampai Najib berjaya dijatuhkan sahaja.


DAP juga masih belum membuat keputusan adakah parti yang dipimpin oleh Dr Mahathir, PPBM akan diterima masuk ke dalam pakatan mereka sebagai kerjasama untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) seterusnya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Selain itu, DAP juga harus menjelaskan pendirian mereka atas cadangan wakil rakyat PKR, Lee Boo Chye untuk PPBM dan Pakatan Harapan menggunakan logo PKR memandangkan kedua-dua entiti itu masih baru dalam politik Malaysia.


Adakah DAP boleh membiarkan parti lain menggunakan logo PKR daripada menggunakan logo DAP pada PRU akan datang?


DAP yang majoriti dalam pakatan pembangkang sekarang dengan 37 kerusi parlimen. DAP juga menguasai PAN yang memiliki 6 kerusi parlimen. Jadi dalam pakatan pembangkang sekarang DAP adalah ketua bila kuasai (37 + 6 ) 42 kerusi pakatan pembangkang.


Ketika ini, tanggapan banyak pihak kepada DAP semakin buruk apabila video Hew ditayangkan pada ucapan penggulungan Najib, yang juga Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lepas.


DAP dilihat hanya mengambil kesempatan ke atas kebencian Dr Mahathir terhadap Najib dengan menggunakan pengaruh Dr Mahathir meraih sokongan supaya cita-cita politik mereka tercapai.


DAP dan Mahathir ada agenda yang sama untuk jatuhkan Najib. Namun DAP dan Mahathir tidak ada prinsip yang sama. Veteren DAP masih lagi terluka dengan Mahathir dan hubungan mereka tidak ubah seperti satu sandiwara politik semata mata untuk satu agenda jangka pendek sahaja.


Pakatan yang sebegini tidak akan kekal lama. Mereka akan berbalah dan bergaduh pada masa akan datang. Analogi mudahnya begini, seperi satu pasukan bolasepak B yang punyai 11 pemain menentang pasukan A yang berbaju biru.


Pasukan bolasepak B memakai jersi yang berlainan tetapi agenda mereka hanya satu iaitu menjaringkan gol dan memenangi piala. Pasukan B ini tidak melantik siapa kapten mereka dan mereka juga sukar membuat keputusan apakah warna jersi dan logo pasukan mereka.


Sesama penyokong pasukan B pun sudah bergaduh di tempat duduk penonton kerana keliru dan syak wasangka. Kalau pasukan B ini menang piala sekali pun, mereka akan berebut rebut untuk menjulang piala. Berebut rebut hendak cium piala.


Pasukan B ini adalah pakatan pembangkang yang dikuasai oleh DAP sekarang. Dalam konvensyen DAP pada 4 Disember lepas terdapat satu gambar Mahathir diapit oleh Pengerusi dan Penasihat DAP.


Apa sebenarnya jawatan dan peranan Mahathir di situ? Hanya menjadi screw DAP untuk dapat undi Melayu? Barangkali begitulah sebenarnya peranan Mahathir. Hanya layak dapat kerusi bersama DAP, Mahathir tidak layak lagi mendapat kerusi dalam majlis yang lain.


Kesipuan akan berlaku jika hadirin lain melihat screw DAP hadir duduk atas kerusi VVIP.


20161204-mahathir-berjuang-dap