MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
BAHAGIAN HAL EHWAL AWAM - J7
KENYATAAN AKHBAR
Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
LAWATAN PERSARAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MYANMAR
Perjumpaan Panglima Angkatan Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin dengan Panglima Angkatan Tentera negara Myanmar, Jeneral Ming Aung Hlaing pada 5 Disember 2016 adalah dalam rangka lawatan perpisahan beliau kepada rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan negara-negara ASEAN sebelum bersara.
Dalam perjumpaan tersebut, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Zulkifeli telah memaklumkan bersabit ancaman Daesh (Islamic States) terhadap Malaysia dan juga negara-negara serantau yang berdekatan.
Beliau juga telah memaklumkan bahawa ancaman ini adalah nyata dan Malaysia memandang serius akan ancaman militan ini.
Beliau juga menekankan bahawa kerjasama negara-negara ASEAN amat diperlukan untuk menangani ancaman Daesh di rantau ini.
Pada kesempatan itu juga, beliau telah menyampaikan kekhuatiran dan kegusaran beliau terhadap apa yang berlaku mutakhir ini ke atas warga kaum Rohingya di negara Myanmar.
Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Zulkifeli telah juga menyatakan kepada Jeneral Ming Aung Hlaing bahawa keadaan ini sekiranya tidak ditangani dengan baik dan secara berhemah, ianya akan mewujudkan satu keadaan yang akan dieksploitasikan oleh Daesh untuk memperkembangkan pengaruh dan kuasa mereka di rantau Asia Tenggara ini.
Pandangan yang sama juga telah disampaikan apabila Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli dibawa untuk bertemu dengan Presiden U Htin Kyan pada hari yang sama.
-Tamat-
ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA Untuk keterangan lanjut:
Lt Kol Bakhtiar Nor bin Md Alias TUDM
Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam – J7
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Tel : 0172005023 (HP), 03-20716423/24/25 (Office) e-mel : bakhtiar@mod.gov.my
Dikeluarkan pada 7 Dis 16 JAM 9.30 malam
4 comentários
Tunduk ngn Myanmar ke?
Tu bukan tunduk itu mmg tradisi sebagai Panglima Angkatan Tentera utk pegi buat lawatan perpisahan kepada rakan2 sejawatan dia di setiap negara ASEAN dan setiap negara yg ada perjanjian ketenteraan dgn Malaysia... kalau xtaw jgn la buat fitnah igt askar ni senang2 ke nk diarah org politik mcm tu je...
Nmpak ke x tanda soal?
Tp pakatun ckp us takut dgn malaysia zmn madey...zmn najib plk takut dgn myanmar...kih3..kelakar betul...tg mananya us takut & tunduk pd malaysia plk? Bila masa plk kita tunduk pd myanmar?