KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI

Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus-terusan berdepan asakan daripada pelbagai pihak.


Wakil pembahas Negeri Sembilan, Shamsul Amri Ismail ketika membahaskan ucapan dasar presiden bagi usul agama dan pendidikan berkata sikap ini harus dipuji kerana bukan semua mampu bertahan seperti apa yang dilakukan Najib.


“Saya pelik tengok PM ni tenang je bila orang cakap dia macam-macam, tak balas tak buat apa pun.


“Kalau saya jangan cakap himpunan merah, hijau semua keluar, kau tunggulah,” katanya sambil mendapat tepukan dari seluruh ahli UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.


Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan banyak pihak yang menyerang Najib kini termasuk bekas pemimpin yang pernah memperjuangkan UMNO suatu ketika dahulu.


Katanya, serangan tersebut tidak seharusnya dilakukan kerana fokus utama yang perlu dibuat adalah menjaga keharmonian dan keamanan Malaysia.


“Orang UMNO kalau nak pertahankan parti kena amalkan tiga perkara, iaitu jangan tamak, jangan dengki, dan jangan sombong dengan apa yang kita ada.


“Cuba kita lihat di negara China, mereka nak pergi solat Jumaat pun susah sampai dihalang, kita di sini aman nak pergi solat tan ada masalah, hidup berbilang bangsa ni banyak perkara kita perlu jaga.kena hormat hak masing-masing, ini sampaikan urusan RUU orang Melayu yang dia nak sibuk kenapa?takkan kita nak ambil wudhuk seperti ini, kita nak tanya sami betul ataupun tidak?” Soalnya.


Berikutan itu, beliau menggesa semua ahli tidak lagi memandang ke belakang dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya terus fokus dengan membuat persediaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


“Dulu ada orang cakap, ‘biar saya diasak, biar saya dikeji, saya akan tetap bersama dengan perjuanan UMNO’, tapi sekarang apa sudah jadi? Saya tak cakap siapa..saya hanya beri contoh.


“Tapi kita yang masih ada ni perlu terus mara ke depan, terus berbuat baik dengan semua orang, supaya akhirnya rakyat akan dapat menilai sendiri apa yang UMNO lakukan,” ujarnya.


20161201-ucapan-dasar-presiden-umno-najib-razak

17 comentários

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI
Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun... https://t.co/dkE0jJdvRW

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI)
Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun... https://t.co/iNT9kd0kVx

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI)
Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun... https://t.co/1oQTQdO1mx

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI
Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun... https://t.co/51Jv1Dwhxy

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI - https://t.co/vybYH3Cwv9 https://t.co/MBSFkDOzrW

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI
Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun... https://t.co/e3NqNpAoWo

KETENANGAN NAJIB HADAPI TOHMAHAN DIPUJI https://t.co/bu8hkwh7ca

memanglah dia tenang,bukannya mangkaq ni yg pikul bebanan rakyat ! cukai GST tiap2 hari di bayar x kira fakir miskin,papa kedana,OKU...

Fakir miskin bayar GST? Kebodohan mengenai GST terlalu ketara

Semuga saudara menjadi fakir untuk memahami mengenai GST.

Dia memang le tenang, duit senang nak cari..

Bagaimana perasaan ahli-ahli UMNO apabila duit rakyat berjumlah USD153 juta (RM627 juta) diberi kepada bapa kepada penyamun bernama Jho Low?

Certainly, DAP is not out to destroy MARA, FELDA, Tabung Haji and all those other institutions set up to help Malays. DAP want to make sure these institutions are managed better, more efficient and competently, so that the objectives of creating them in the first place, are achieved.

Nyata dari kes GST. Najib cukai rakyat. Tapi bukan kerana Najib nak spend more on projects. Dia nak bayar hutang. 1MDB dah takda duit nak bayar faedah pinjaman bank pun. Hingga Ananda Krishnan Astro pinjamkan tanpa bunga se bilion Ringgit.

Sedih, amat sedih. Malu, takda maruah si Najib. Di sebat nya berbilion Ringgit masuk akaun dia, di buat mcm mcm, 1MDB dah terhutang RM53 bilion, gomen sebagai pemunya 1MDB nak jelaskan hutang faedah bank pun takda duit. Bangang punya penjalanan perniagaan 1MDB. Sebenar nya, jadi gitu sebab dia selewengkan 1MDB untuk mengsonglap berbilion Ringgit itu.

Cilaka. Bedebah.

Sabar tu separuh drp iman..bkn senang tu kn..alhamdulillah..tahniah najib..

Dia cari duit guna mulut org kampong pakai cangkul......kesian.

http://www.malaysiastylonews.com/157390/mahathir-najib-dibicarakan-mahkamah/