MAHATHIR SEDANG MENGUTIP SAMPAH PARTI LAIN UNTUK DIBUAT RAKAN KONGSI POLITIK

Pepatah Inggeris ada menyebut “desperate situation requires desperate action” dan itulah yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini.



Dalam keadaan terdesak, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan hasratnya.



Siapa akan menyangka, daripada seorang yang dahulunya sangat dihormati dan disanjung tinggi, kini jatuh ke lembah hina sebegini rupa.



Ketika memerintah dahulu, Tun Mahathir sering memperlekehkan dan memandang rendah dengan PAS. Namun dengan kehendak Allah, apa jua yang dibuang oleh PAS, kini dikutip oleh beliau.



Lihat sahaja Mat Sabu. DAP dan Anwar Ibrahim mengetahui bahawa Mat Sabu adalah bahan sisa buangan PAS.



Sampah PAS itu (Mat Sabu) kini disayang dan dikutip oleh Mahathir. Tun Mahathir jadikan Mat Sabu sebagai rakan kongsi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



PAS pernah bertahaluf siyasi dengan DAP , namun kini menjauhi DAP sejauh-jauhnya.



Ketika bertahaluf siyasi dengan DAP oleh pemimpin PAS terdahulu, alasan yang diberikan oleh `pemimpin’ itu adalah “umpama menaiki kenderaan orang kafir untuk menuju ke Mekah”.



Namun apabila `pemimpin’ itu sudah tiada, kepimpinan baru PAS enggan menyambung tahaluf siyasi dengan puak kafir ini kerana mendapati diri mereka dibuli dan dipergunakan.



Selain itu Tun Mahathir juga terpaksa duduk sebaris dengan orang yang pernah menggelar dirinya sebagai `bapak penyamun’ iaitu Mat Sabu, yang diketahui selama ini sebagai `keldai’ DAP.



Dan selepas tewas pada pemilihan PAS, Mat Sabu bersama beberapa yang lain, yang tidak dapat menerima kekalahan berkenaan telah membuka parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN).



Fungsi PAN adalah mencuri undi PAS selain digunakan oleh DAP untuk menghalang apa-apa yang baik untuk dilaksanakan oleh orang Islam.



Bukan itu sahaja, apa yang menariknya ialah tahap `desperado’ Tun Mahathir yang menyaksikan beliau kini umpama badut politik yang masih terhegeh-hegeh mencari platform politik, meskipun sudah lanjut usia.



Nyatalah di sini, apa sahaja yang dibuang oleh parti PAS, sama ada DAP, Mat Sabu atau ahli PAN, ia akan dikutip oleh Tun Mahathir umpama lori mengutip sampah.



4 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen DAP. 11 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen PAN. Sudah dua kali Sabtu, Mahathir hadir ke konvensyen. Bila Mahathir dan parti bunga hendak buat konvensyen parti sendiri?



Mahathir tidak mampu buat konvensyen parti bunga. Dewan tidak akan penuh kalau dibuat. Jalan senang sekarang adalah dengan mengutip sampah yang dibuang parti lain dan bekerjasama dengan mereka.



Kumpulan geng recyle ini tidak akan pergi jauh. Matlamat mereka akan tersasar. Hanya satu yang mereka berjaya buat iaitu memecah belahkan Melayu dan orang Islam.



Bukan sahaja sampah parti lain yang sedang dikutip Mahathir, kini Mahathir kutip balik sampah yang beliau sendiri pernah buang ke lokap iaitu Anwar Ibrahim untuk dijadikan rakan kongsi politik. Desperate sungguh Mahathir.



20161124-mahathir-pakatan-1

39 comentários

No more BN PRU14... 1 on 1! ....Way to go PH!

Dunia akan terbalik Mahadey pakai lencana Bebas Anuar.Kepala taik keras Madey ini.Dia yang sumpah Anuar Liwat dulu,skrg mahu jilat dan suruh orang ikut dia jilat juga.Kini dia tunggang terbalik.

Lawak antarabangsa la madey ni agak2 la jgn terdesak sgt...ahli pkr masih ingat peristiwa tu dn yg menyebabkn pkr tertubuh pn sbb ko....

Terima kasih kerana menghina Tun M sebab lebih ramai orang yg akan sokong beliau.

Dulu org pandang rendah pd pengutip sampah.. sekarang ni dh ramai pengutip sampah kaya raya.. jgn underestimate pengutip sampah

Mgkn anwar akan tanya...mengapa ko pecat aku dulu?.....hahaha

kesian depa ni semua nak dapat dedak terpaksalah salahkan Tun M. Oi, otak belacan rakyat di luar sana bukan makan dedak, kami tahu Tun the Best PM that Malaysia ever had. So x yah nak busukkan Tun. Rakyat tahu.

Bukan menghina. Cuma terkenang2 aje le

Aku ttp sokong tun m..dari najib sotong kaki kepit telur di hujung tanduk.

Reformasi anwar 1998 negara hampir darurat kot disebabkan madey..skrg spin lain plk....org2 yg kena bedal dgn fru dulu tu apa la perasaan diorg?

Rsenya benjul d kepala masih terasa....adoiii!!

Itu yg perlihatkn ats apa yg madey dh bt d ats muka bumi ini..

Bkn jelez...geli madey jilat telo lks...kihkihkih

sape sokong haku..aku dah nyanyok.apa nama apa nama..

hoii aku pong nak like hang...sian hang..

ko nak sokong ko punye pasal..aku xnak sokong...ko dgn tun m sama bodoh..sokong yahudi..

biar orang kata pegutip sampah janji halal ..dari pada jadi pemakan dedak ,negara ,bangsa, agama, maruah diri semua nya tergadai

Lalala ade aku kisah ke hidup tun m.

Hamzai Halim..cuba kenangkan jasa beliau

aku pun sokong tun m! korang peduli apa?

dunia lg tau negara kita penuh dgn korup... jumlah wang korup paling besar di dunia!

Aku dari dulu tanya geng² Najibers, kalau Mukhriz jadi PM apa masalah ?

Diorang jawab ;


Mana boleh Mukhriz jadi, kroni, bapak dia dah jadi PM.
Respond : Najib bapa dia kerja apa dulu ?
Mukhriz xboleh jadi PM, sebab akar umbi tak sokong dia.
Respond : Dah tahu akar umbi tak sokong, macam mana dia nak jadi PM ? Bodohkan reason ?
Mukhriz xboleh jadi PM sebab dia bertanding DUN je.
Respond : Ha, dah tau dia bertanding sebagai ADUN 'je', how come nak jadi PM ?
Mukhriz xboleh jadi PM sebab nanti dia akan bagi project kepada kroni-kroni Tun.
Respond : Aku mintak lah diorg short-list kroni-kroni Tun. Nothing listed. Lepas tu tanya, apa yang kroni-kroni tu buat sampai susahkan rakyat ? Kalau Mukhriz jadi PM, rakyat susah, yang PM sekarang rakyat aman bahagia ke ?
Last-last, nanti diorg akan cakap, DAP nak jadi PM. Celaru & keliru United Mohd Najib Organization (UMNO) hari ini.


How come dalam tempoh yang sama ;


Timbalan PM disingkirkan.
2 MB disingkirkan.
3 Menteri disingkirkan.
Gabenor Bank Negara (yang turut kritik 1MDB) tidak dilanjutkan khidmat.
Penguam Negara ditukar.
Pengerusi SPRM ditukar.
2 Timbalan P.SPRM ditukar.


Apa semua ni ?

Tak habis disitu, mereka divert isu Campur Tangan asing , soros dan alih-alih isu Banglow LGE 2.6 juta (duit dia sendiri).

Aku tanya, TV3 hari-hari isu banglow, isu Jabatan Air Sabah RM113 juta, KBS 100 juta, 1MDB RM berbilion² dll (terlalu banyak untuk di list) yabg hakikat duit rakyat, mana al-kisahnya ?

Last-last apa diorg bagi jawapan ?
CUBA GULINGKAN KERAJAAN YANG SAH DIPILIH OLEH RAKYAT.

Ini lah kebebalan & kebodohan mereka 😌😂😥

Kopipes bermaklumat.

Sampah x sampah la tp aku rasa parti yg admin sokong tu lebih byk sampah dan parti yg admin sokong tu akan jadi sampah sarap sekaligus hehehe..

DSN tak mintak pun ko sokong dea.. 😯

Madey trpksa kutip sampah utk tutup taik dia yg berterabur..siann..

Mcm x caye dsn najib x bg dedak kt rakyat soh sokong dia puii

Ameno semakin celaka demi najiby si pensoglap duit rakyat

Kalau hati dah penoh DEMDAM..... EGO....TAMAK..ini lah jadi nya!!!!!