SEMUA pihak tahu bahawa pembangkang pimpinan DAP menghadapi masalah dalam menamakan siapa yang bakal menjadi perdana menteri sekiranya mereka dapat menguasai negara.
Malah rakyat tahu dengan jelas bahawa Pakatan Harapan mengikut telunjuk DAP dalam semua perkara termasuk isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.
"Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa perdana menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan daripada parti DAP," kata Muhyiddin Yassin, Presiden Parti PPBM, Malaysiakini, 4 Disember 2016.
Mudah sangat Muhyiddin terpedaya dengan DAP. Apakah boleh dipercayai janji DAP itu? Apa guna jadi Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pembangkang penuh dengan ahli ahli parlimen DAP? Apakah dasar dasar DAP akan menyebelahi Melayu? Jawapannya tidak.
DAP yang menjadi ketua kepada pakatan pembangkang sekarang bukannya Muhyiddin. Parti bunga itu hanya ada satu kerusi sahaja di Pagoh berbanding DAP yang ada 37 kerusi parlimen sekarang ini.
Mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, “DYMM YDP Agong hendaklah melantik PERDANA MENTERI dari kalangan ahli DEWAN RAKYAT yang pada hematnya merupakan seorang yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan tersebut”
Mengikut Perkara 43 ini, parti yang mendapat majoriti ahli dewan rakyat adalah calon untuk menjadi Perdana Menteri. Contohnya seperti UMNO yang memenangi 88 kerusi daripada 134 kerusi parlimen pada PRU13, maka calon Perdana Menteri adalah daripada UMNO.
Sama juga jika pakatan pembangkang berjaya memenangi dewan rakyat, parti yang sudah pasti memiliki banyak kerusi dalam dewan adalah DAP bukannya PPBM.
Maka DAP juga boleh mengikut perlembagaan mencadangkan calon perdana menteri daripada parti mereka dan DAP juga boleh jika mengabaikan sahaja janji mereka terhadap presiden parti PPBM itu.
Muhyiddin sudah berjangkit virus mudah lupa daripada Mahathir. Muhyiddin lupa perangai DAP bila mereka mula mula memerintah Perak dan Pulau Pinang. Biarpun Nizar Jamaluddin yang menjadi Menteri Besar Perak, tetapi senarai exco penuh dengan ADUN ADUN DAP.
Nizar hanya diperkudakan sahaja oleh DAP di Perak. Diperkudakan untuk membuat dasar dasar yang tidak menyebelahi orang Melayu di Perak.
Ya, memang Menteri Besar Perak ketika itu merupakan seorang yang berbangsa Melayu, namun beliau hanyalah sekadar boneka atau proksi kepada DAP semata-mata. Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin kanan DAP.
Adakah ciri-ciri ini yang kita mahu ada pada seorang Perdana Menteri?
Sama juga keadaannya di Pulau Pinang, biarpun sebelum menang di Pulau Pinang pada 2008 DAP berjanji bulan dan bintang kepada parti PAS. Jentera PAS yang dikerah hingga kering peluh untuk mengantung gambar dan poster pilihanraya umum 2008.
Namun bila menang di Pulau Pinang, apakah ADUN PAS diberi layanan setimpal oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Tidak
PAS hanya menang satu kerusi sahaja di Permatang Pasir, itu pun jawatan Exco Kerajaan Negeri tidak diberi kepada PAS. Sehinggalah DAP mengkhianati PAS dengan menubuhkan parti baru iaitu PAN untuk menikam dan membunuh terus rakan baiknya itu sebelum pilihanraya umum 2008.
DAP bukan sahaja tidak menunai janji malah membunuh terus PAS di Pulau Pinang. Sudah dua penggal, PAS dianggap tidak penting bagi DAP. Kerana PAS hanya ada 1 kerusi sahaja. Nasib yang sama boleh menimpa parti bunga pimpinan Muhyiddin yang ada hanya 1 kerusi sahaja di Pagoh.
Di Selangor pun begitu, DAP bersikap kasar dan curiga dengan PAS. Secara terbuka PAN telah ditubuh dan melawan kembali PAS, sedangkan PAS ada 15 kerusi DUN di Selangor.
Biarpun Menteri Besarnya adalah orang Melayu tetapi yang sebenarnya menguasai Exco dan kerajaan tempatan di Selangor adalah DAP.
Inilah nasib yang akan berlaku pada parti bunga nanti. DAP hanya berjanji untuk mendapatkan undi Melayu sahaja. DAP hanya tabur janji manis tetapi belum tentu mereka menunaikan janji itu.
Di depan DAP berjanji, di belakang DAP mungkiri janji.
DAP tetap DAP, mereka ada agenda halus yang hanya untuk menguntungkan parti mereka sahaja. Berjanji tidak menjadi satu masalah bagi mereka kerana tidak salah bagi mereka memungkiri janji selepas itu.
Lihat sahaja di Sarawak, berjanji dan bersetuju bukan main lagi untuk lawan satu lawan satu, tetapi akhirnya DAP bertembung juga semasa sendiri dengan PKR di beberapa buah kerusi. Itu janji yang mereka sendiri tandatangan dan persetujui, tetapi akhirnya dimungkiri kerana perangai DAP yang sukar dijangka.
Muhyiddin baru dengar janji DAP itu daripada mulut sahaja. Janji yang ditulis pun DAP mungkiri lagikan pula janji yang hanya disebut sebut sahaja.
Muhyiddin akan kena tipu dengan DAP. Pakatan pembangkang sekarang hanya mahu mempergunakan Muhyiddin dan Mahathir untuk mendapat undi sahaja.
Lepas dapat undi dan berkuasa, perangai DAP akan berubah. Perangai DAP sebenar sudah pun terserlah di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak.
Hanya yang tunggul kayu sahaja percaya pada janji DAP.
Memandangkan pembangkang pimpinan DAP berpegang kepada prinsip sekiranya mereka tidak dapat meyakinkan orang Melayu untuk menyokong pembangkang maka mereka perlu mengelirukan orang Melayu agar tidak menyokong UMNO maka gerakan propaganda dilakukan secara berterusan.
Kini pembangkang mengunakan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk melancarkan propaganda mengelirukan orang-orang Melayu. Jangan biarkan pembangkang pimpinan DAP merosakan perpaduan dan perjuangan demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita.