#PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 lalu, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dijemput untuk menghadirinya. Namun beliau tidak menghadirinya.


Dr. Mahathir kemudiannya telah mengambil keputusan untuk keluar UMNO pada bulan Februari lalu sebagai memprotes terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu dalam satu tindakan yang sememangnya telah dijangkakan sebelum ini.


Kali ini, pada PAU 2016 yang sedang berlangsung ini, tiada lagi kerusi yang dikhaskan kepada beliau. Ternyata ketiadaan Dr. Mahathir pada PAU 2016 ini tidak memberikan kesan kepada perjalanan satu perhimpunan tahunan parti keramat ini.


Tiada siapa yang meratapi ketiadaannya, malah apabila Najib menyifatkan beliau sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan pembangkang dalam ucapan dasar Presiden semalam, ahli-ahli UMNO bersetuju dengan ucapan Dato Seri Najib.


Nama Dr. Mahathir memang disebut pada PAU kali ini tetapi hanya apabila dilabel sebagai pengkhianat. Selain itu, nama beliau tidak kedengaran kecuali nama anaknya, Datuk Seri Mukhriz.


Itupun nama Mukhriz tidak disebut secara langsung sebaliknya perwakilan menggelarnya sebagai `Boboi' sebagai sindiran.


Ternyata orang UMNO tidak lagi merindui Dr. Mahathir sebaik sahaja beliau memutuskan untuk berasa sepentas dengan pembangkang dan menubuhkan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Dengan matlamat Dr. Mahathir yang bukan sahaja mahu menggulingkan Najib, malah menguburkan UMNO, ia telah menyebabkan beliau tidak lagi dilihat sebagai negarawan terbilang dan dihormati seperti ini tetapi sebagai pengkhianat kepada orang Melayu.


Malah tindakannya yang mengumpulkan tandatangan untuk menyingkirkan Najib, menyertai perhimpunan haram Bersih dan menggunakan media asing untuk memburukkan Najib dan kerajaan, adalah satu tindakan desperado politik, tidak berprinsip, gelojoh serta menjatuhkan maruah.


Apa yang penting survival UMNO bergantung sepenuhnya kepada kesetiaan ahli-ahli bersama barisan pimpinan parti itu untuk mempertahankannya demi memastikan kemenangan UMNO pada PRU nanti.


Jangan biarkan Presiden parti berseorangan mendepani cabaran-cabaran ketika ini dan membantu beliau tatkala UMNO diserang oleh musuh.


20161201-ucapan-dasar-najib-razak

26 comentários

#PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR https://t.co/BvFrRbcoIS https://t.co/INpE90CWpz

#PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR https://t.co/iFUrQuUgPL

New post (#PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR) has been published on Kamaluddin's Blog... https://t.co/58VfkXdkET

Xkisah la.. 3 juta je rakyat umno yg x pedulikn tun sebb tembolok penuh dedak. Ada lg 26 juta rakyat yg sokong tun.. X risau la. Yg risau 3 juta yg sokong jibby tu ada la sikit 2 dr bangla indon dan sbgainya

#PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR)
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 lalu, bekas... https://t.co/m0FhUndzv1

Agenda utama AGM ini adalah untuk mengutuk Tun M .. seorang negarawan yg banyak jasanya dinegara ini .. negarawan yg berjiwa rakyat , yg berhempas pulas memajukan negara dan mengharumkan negara dimata dunia ...Najib? hanya meneruskan legasi Tun M n Pak Lah .. hari ni pun Malaysia popular .. isu RM2.6 billion n 1MDB .. Singapore berhempas pulas cuba meyakinkan insitusi kewangannya dimata dunia dgn mengambil tindakkan undang2 terhadap bankers n banks yg terbukti terlibat dgn aktiviti haram yg dikaitkan dgn wang 1MDB n yg terlibat boleh lagi bersuka ria dan mengutuk pemimpin yg dihormati negara n dunia ... malunya rakyat Malaysia ... yg 3 juta tu je la muka mcm ...

xhabis2 lg ka meroyan pasal tun...dia bkn ahli umno dh cai,,trima la kenyataan...hahaha

RT @KamaluddinIdrus: #PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR)
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 lalu, bekas... http…

PERCAYALAH jika najibon mati bersama pasangannya pada hari ini..tiada sesiapa yg akan meratap sedih. Yg sedih mungkin admin sbb payment stop dan menteri2 kabinet hangguk tu.

Belum ada sejarah mantan presiden umno kianat pada parti yg mengangkatnya manjadi PM melainkan tun madey.

pehimpunan umno dh jdi pehimpunan tun..lgi hentam tun lgi parah umno cayalah..gua ahli thun 80 an..

RT @KamaluddinIdrus: #PAU2016: TIADA SIAPA RATAPI KETIADAAN BAPA BOBOI MAHATHIR)
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 lalu, bekas... http…

Juga blum ada sejarah PM terima derma 2.6b... masuk akaun sendiri.... and kemudian pulangkan balik... and semua macai percaya....

Pelik jg kekadang admin ni bodoh bangang jg,admin ko kaki kipas ke,

Iom ade sejarah lgi malaysia d pimpin oleh peyamun ....dn bini peyamun penuh dgn skandal..membuat malaysia trkenal d dunia...malaysian korup...

Dah jd pihak musuh...nak kenang apa lg...huhuhu...

Kalau Najib takde mesti ramai yang meratap sebab bekalan desak abis..

Rey Zal Can you provide evidence to back your claim?

Good. Just wondering why so few join Pribumi

Belom ade dlm sejarah..ketua penyamun disajung sbg ketua

Blom ad lg dlm sejarah Malaysia pm dia terima duit bilion2 dlm akaun peribadi..tu pon msh lg disanjung..bebal

sebahagian besar dari wang 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star, berakhir di merata tempat, termasukkan ke dalam akaun Najib Razak! Apa Pemuda UMNO mahu buat?

Tapi kenapa masa PAU ramai dok sebut nama Tun M? Rindu le tu