Menurut statistik terkini, sejumlah 20,000 orang hilang tempat tinggal di daerah Maungdaw, Myanmar. 24 buah kampung dibakar di daerah Maungdaw dan Buthidaung. 500 orang terbunuh, 60 orang menjadi mangsa rogol, 1500 orang hilang dan 8 buah masjid terbakar dan musnah.
Ini kekejaman yang sedang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya di Myanmar. Ianya satu lagi siri "ethnic cleansing" yang cukup tidak berperikemanusian sama sekali.
Bertentangan sekali apa yang diajar oleh Dalai Lama, "my religion is very simple, my religion is kindness". Dalai Lama adalah "spiritual leader" Buddha di Tibet. Sewajarnya sami sami Buddha di Myanmar menolak dan menentang keras kekejaman yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar ini.
Etnik Rohingnya bukanlah kumpulan pengganas di Myanmar, mereka juga adalah warganegara Myanmar. Mengapa perlakukan mereka sampai sebegitu sekali? Apa dosa anak anak kecil yang turut terbunuh? Apa dosa ibu ibu yang sedang menyusukan anak dibunuh tanpa belas kasihan?
Aung San Suu Kyi pernah merasai bagaimana hidup dalam kegelapan dan tanpa bumbung rumah pada 2 Mei 2008 selepas kejadian Cyclone Nargis. Bertemankan lilin di waktu malam. Disebabkan kegelapan itu akhirnya Suu Kyi dibebaskan pada 13 November 2010 dan akhirnya kini menjadi pemimpin di Myanmar.
Keperitan dan kesusahan yang dihadapi Suu Kyi sudah cukup untuk membuatkan beliau belajar dan mengerti erti hidup dalam kesempitan. Sebagai seorang pemimpin wanita, Suu Kyi tidak sepatutnya melihat dan menutup mata atas kekejaman yang berlaku terhadap kanak kanak dan ibu ibu umat Islam Rohingnya.
Ajaran mana mana agama tidak mengajar membuat keganasan terhadap orang lain. Prinsip demokrasi yang dipegang sebegitu lama oleh Suu Kyi ketika berada dalam tahanan rumah pun tidak menghalalkan berlakunya kekejaman tanpa perikemanusiaan pada orang lain.
Suu Kyi seorang yang berpegang kuat pada ajaran Buddha. Suu Kyi telah menghabiskan masa tahanan rumahnya dengan bermeditasi mengikut ajaran Buddha. Suu Kyi juga banyak menulis tentang keamanan dan kasih sayang menerusi "The Voice of Hope : Conversations with Alan Clements".
Jika berpegang kuat pada ajaran Buddha, Suu Kyi tidak sewajarnya membuat keganasan seteruk itu terhadap umat Islam Rohingnya. 22 September 2007, sekumpulan sami Buddha membuat protes hak asasi manusia terhadap kerajaan Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi.
Kini kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya juga adalah berkaitan hak asasi manusia. Lebih kejam, lebih tragis daripada hanya seseorang yang hanya dikenakan tahanan rumah.
Undang undang antarabangsa, tekanan politik luar dan sami sami Buddha dulu digunakan untuk membebaskan Suu Kyi dari tahanan rumah. Kini, jalan yang sama perlu digunakan oleh semua pihak untuk menghentikan pembunuhan kejam terhadap etnik Rohingnya di Myanmar.
Kasihanilah mereka, apalah dosa anak anak kecil dibunuh, wanita dirogol dan masjid dimusnahkan. Mereka tidak bersenjata dan diperlakukan seolah olah musuh dalam peperangan.
Hentikan kekejaman ini. Tidak ada pemenang Nobel Prize Award yang membuat kekejaman sebegini bila menjadi pemimpin sesebuah negara. Seluruh masyarakat dunia perlu kecam apa yang sedang berlaku di Myanmar termasuklah Dalai Lama.
Agama Buddha bukan mengajar keganasan, tetapi kebaikan. Amat memalukan jika seseorang yang kuat bermeditasi seperti Suu Kyi melanggar ajaran agamanya sendiri. Agama Buddha tidak mengajar membunuh orang yang tidak berdosa.
22 comentários
Pengganas Buddha Burma mana pegang ajaran agama mereka pun.
tu la dok jadi sami kawen xleh..pastu sangap abis rogol org
Ajaran Buddha memang tak ajar manusia membunuh,kalau mengikut betul pengajaran buddha tidak boleh membunuh benda yg bernyawa.Ugama Islam ke Hindu ke Buddha ke semua adalah suci.Yang jahat adalah otak manusia ,gila kuasa dan mempergunakan ugama sebagai alasan utk buat jahat/kejam.
Sami jahat oooo...celaka punya sami....aku tngok sami kat malaysia pun rasa nk sepak je muka tu...geram giler
Ada kah agama Buddha boleh membunuh sesuka hati? Hantar blk semua warga mynmar.
Mereka itu bukan manusia tapi syaitan
Mohd.Afandi Sami ke ustad ke mereka orang manusia je.
Harap ustad disini tidak melakukan yang sama.
Ada buddha kat malayisa buat demo bantahan S.Y. Chong??
Ada?
Buddha siyal...
Buddha siyal...
Ajaran sami buddha tak leh nikah
Rogol boleh???
Nak wat cam mana tadbir urus lembik..
Asik terkepit je
😄😄😄😄😄
ye btl dlm kitab Buddha dan Hindu pon ad tertulis nabi Muhammad akan mbawa ajaran agama yg btl
Ada sami2 buddha buat bantahan di kedutan miyanmar di malaysia???
Ada?
Ada?
BUDDHA SIYAL...
BUDDHA SIYAL...
Tapi yg nampak sekarang ni siapa...lu punya sami kan...dah terang2 sami bunuh orang islam....
korang ni...nak komen pun tak payah la nk hina agama lain...tak semua pun mcm tu...takde pun islam suruh hina agama lain....yg suka hina bagai ni org syiah wahbi je...cerita bab juang2...tapi akhlak letak ke lutut...
Penganut yang sudah terpesong kot? Usah salahkan agama
Melalak kat sini sampai esok pun tak abih.esok jumpe myanmar tanya..buddha ke islam..kalau buddha rembat kaw kaw.pastu antar balik..
Baru ku tahu sami botak buddha Myanmar permainkan agama mereka..
tiada satu ugama pun didunia ni mengajar jadi jahat....inilah akibatnya apabila politik mengatasi ugama....x mustahil akan terjadi kat m'sia.....
Islam cam tu juga ....tengok ISIS...BOKO HARAM....
Inilah masalahnya apabila pemimpin agama terlibat dengan politik, politik maknanya kuasa dan.kekayaan.
Sami-sami di Burma berlainan dengan sami-sami di negara lain. Mereka sami-sami yang bergiat cergas dalam dunia politik dan agamanya merupakan sebuah pertubuhan politik yang radikal dan berpengaruh di Burma. Akibatnya bila agama jadi alat politik dimana-mana agama pun maka rosaklah akidah dan sifat kemanusiaan.
Bkn salah Budha - pengikutnya salah bwk ajrn.