SOLIDARITI UMNO TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG

Kenyataan Rasmi Perdana Menteri

10‎hb Disember, 2016

‎1. Pembangkang nampak jelas mencemburui solidariti jitu yang dipamirkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas. Maka tidak hairanlah mereka menyebarkan khabar angin dengan tujuan meretakkan hubungan baik saya dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka menganggap perwatakan beliau sama seperti bekas ahli parti yang mengutamakan agenda pribadi berbanding kepentingan parti dan negara.



2. Mereka telah cuba sedaya-upaya mereka untuk memecah-belahkan kita. Namun, mereka tidak memahami UMNO dan kesetiaan ahlinya yang tulen, iaitu mereka yang tetap berdiri teguh dengan parti dan kepimpinan yang dipilih secara demokratik tidak kira semasa susah atau senang.



3. ‎Pembangkang kini sangat terdesak dan dalam keadaan kucar-kacir sehingga memaksa mereka untuk bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.



4. ‎Saya menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar berwaspada dengan taktik kotor yang digunakan oleh musuh kita. Mereka iri hati akan solidariti jitu yang wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional.



Dato' Sri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia‎



20161201-ucapan-dasar-presiden-umno-najib-razak-2

5 comentários

Sabar DSN!!!! dah rasmi parti pembangkang laknat ini..FITNAH ini menjadi makanan politik dan jadi amalan ahli2 nya...dan di ajar oleh pemimpin mereka bagaimana nak cipta FITNAH...salah sa orang penceramah akan di simpan sementara untok betapa yaitu RAFIZI F1(FITNAH NO1)

Allah akn melindungi org2 yg teranyaye...teruskn perjuangan....

Wow tu la umno tiada ari tanpa kencing
..haha

Masih ada lagi virus berbahaya dlm parti UMNO..mungkin jadi duri ..mungkin jadi katak..!

Virus fitnh dlm pembangkang ckp dhsyat...Allah mengetahwi segalanye...Allah yg mengurus segalanya