JUTAAN TELEFON TIDAK BOLEH GUNA WHATSAPP BERMULA 2017





Jangan lah menggelupur bila baca tajuk!

Yang dimaksudkan adalah kepada yang masih menggunakan telefon pintar atau telefon binching yang dikuasakan oleh sistem pengoperasi (Operating System) lama. Tiada masalah bagi telefon pintar yang menggunakan IOS 8, Android 3.0, WindowsPhone 8.0, Blackberry 10 dan keatas seperti ang digunakan kebanyakan telefon pintar sekarang.

BERJUTA-JUTA pengguna aplikasi mesej WhatsApp tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut pada pertengahan tahun 2017.

Malah jika mahu terus menggunakan aplikasi tersebut, pengguna perlu menukar telefon pintar yang lebih canggih dan menepati spesifikasi minimum yang diperlukan.

Ia berikutan beberapa perubahan yang dilakukan pada WhatsApp, aplikasi yang digunakan lebih satu bilion pengguna dan tidak sesuai bagi model lama telefon pintar.

Bermula 1 Julai 2017, aplikasi berkenaan tidak lagi boleh berfungsi pada telefon pintar jenis BlackBerry OS, BlackBerry 10, Nokia S40, Nokia Symbian S60, Android 2.1, Android 2.2, Windows Phone 7 dan iPhone 3GS/iOS 6.

WhatsApp menerusi satu kenyatan berkata, walaupun telefon pintar memainkan peranan penting terhadap pembangunan aplikasi berkenaan tetapi perubahan ciri yang lebih canggih perlu dilakukan.

"Keputusan ini amat sukar buat kami tetapi ia perlu dilakukan bagi memastikan pengguna memiliki cara yang lebih baik untuk berhubung sesama keluarga, kawan dan insan tersayang menerusi WhatsApp.

"Jika anda menggunakan model yang disenaraikan, kami mencadangkan agar menukar kepada model Android, iPhone atau Window Phoe yang lebih canggih," kata kenyataan itu.