PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) - ANGKA MERAGUKAN CIPTAAN SARAWAK REPORT

Mereka yang sangat licik dalam mengeksploitasi pemikiran orang-orang yang menerima bulat-bulat apa sahaja maklumat yang memburukkan pemerintah.

Lagi analisis Sarawak Report "mendedahkan" dokumen yabg menunjukkan angka yang lebih meragukan.

Terdapat 50km pelbagai terowong melalui banjaran gunung dalam pembinaan ECRL yang mana Sarawak Report mendedahkan jumlah kos adalah RM4.6 bilion - bermakna hanya RM92 juta setiap km.

Manakala projek Terowong DAP Pulau Pinang kosnya adalah sebanyak RM3.6 bilion untuk jarak 7.2km atau RM500 juta bagi 1 kilometer. 

Sarawak Report juga berkata kos projek pembina ECRL untuk PELBAGAI jambatan berjumlah 110km panjang adalah RM6.374 bilion atau hanya RM58 juta setiap km.

Sebagai perbandingan, jambatan Batang Sadong yang baru dibuka kos pembinaannya adalah RM231 juta bagi jarak 1.48km atau RM156 juta bagi setiap 1 kilometer. 

Jambatan Batang Lupar yang didalam perancangan pula anggaran kosnya adalah RM800 juta - RM160 juta bagi 1 kilometer. 

Jambatan ke-3 Klang yang dijanjikan oleh Pakatan Selangor dan masih tertangguh kos anggran pembinaanya adalah RM230 juta unjuk jarak 1.2km atau RM191 juta bagi 1 kilometer. 

Harus juga diingat pembinaan projek ECRL melibatkan pelbagai jambatan kecil dimana kurang 'cost-efficent' untuk dibina juga melalui kawasan berbukit yang tinggi yang tidak pernah di teroka sebelum ini - melibatkan kesukaran dan kos yang tinggi. 

Berdasarkan ini, ia seolah-olah Sarawak Report mungkin mempunyai angka sengaja dicipta yang dua kali atau tiga kali lebih rendah daripada angka nyata sebenar untuk memberi persepsi mengelirukan bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada kos projek adalah untuk disonglap dan dialihkan kepada 1MDB.

Mereka yang sangat licik dalam mengeksploitasi pemikiran orang-orang yang menerima bulat-bulat apa sahaja maklumat yang memburukkan pemerintah.