Isu Gaya Hidup Mewah Pegawai Khas Azmin Ali Dilaporkan Kepada SPRM

SHAH ALAM: Isu gaya hidup mewah Pegawai Khas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Hilman Idham yang tular sejak seminggu lalu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Laporan dibuat Gabungan NGO-NGO Malaysia yang diwakili Penasihat Undang-Undangnya, Datuk Mohd. Imran Tamrin.

Selain laporan ke atas Hilman, maklumat mengenai kemewahan seorang ahli PKR yang dipercayai rapat dengan Menteri Besar, Mohd. Zulfahimin Mahadzir turut diserahkan kepada SPRM.