Teresa Kok nafi serbuan SPRM, cuma mendapatkan dokumen katanya.
Eh .. Mengapa alasan macam biasa didengar sebelum ini?
Bagaimanapun, pejabat Teresa Kok telah di kunjungi SPRM (bukan serbuan, menurut beliau) berkaitan laporan yang dibuat mengenai dakwaan penyalahgunaan dana negeri Selangor RM2juta dalam tempoh satu tahun.
Sama ada ia adalah satu serbuan atau lawatan, kedatangan SPRM bukan sesuatu yang sangat "Ong" dalam fengshui.
Perkara yang tidak berubah menjadi baik bagi seorang pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang juga pernah "dilawati" oleh SPRM sebelum ini.
------
Teresa Kok Nafi Serbuan SPRM, Cuma Mendapatkan Dokumen
Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok MENAFIKAN, SPRM menyerbu pejabatnya, sebaliknya sekadar melawat untuk mendapatkan beberapa dokumen daripadanya.
"Mereka hanya mahukan dokumen dan kita menyerahkan kepada mereka. Ini bukannya serbuan," kata Teresa Kok.
Pembantu Kok, Alice Lan berkata, dua orang pegawai SPRM telah datang ke pejabat Kok dengan WARAN GELEDAH pagi tadi dan mahu mendapatkan dokumen asal Skim Saraan Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
"Pegawai-pegawai tersebut memberitahu, kedatangan mereka adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jamal Md Yunos. Jadi untuk berlaku adil, mereka perlu menyiasat kami," kata Lan.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook rasminya, Teresa Kok menggambarkan siasatan SPRM daripada laporan Jamal itu adalah taktik kotor Barisan Nasional menjelang PRU-14.
Menurut Teresa Kok, SMUE adalah skim kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di mana sumbangan sebanyak RM2500 diberikan kepada keluarga di Selangor yang kematian ahli keluarga.
"Pusat perkhidmatan saya di Seputeh telah mengendalikan tanggungjawab tersebut dan menyerahkan saguhati sebanyak RM2500 kepada keluarga-keluarga yang kematian di Parlimen saya semenjak 2009," katanya yang turut mendakwa, tuduhan Jamal yang dia telah mengeluarkan RM2 juta daripada akaun bank SMUE sebagai 'jenaka murahan'.
----
Rujukan: