Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan mana-mana pihak dengan mendakwa kononnya sebagai menjual kedaulatan negara.
Perdana Menteri berkata, sebaliknya projek itu adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat di negara ini khususnya bagi masyarakat Pantai Timur.
"Yang saya musykil bila projek ini begitu menguntungkan negara khususnya negeri-negeri Pantai Timur, dan diakui boleh menjadi game-changer (pendekatan khusus), boleh mengubah gaya hidup kita lebih moden, lebih progresif...ada pula orang yang cuba menidakkan usaha ini kononnya kita menjual kedaulatan negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sesi Pemeriksaan Awam yang pertama bagi projek ECRL di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di sini Rabu.
Najib turut membayangkan apabila siap kelak, ECRL sudah pasti akan menjimatkan masa orang ramai untuk pulang ke kampung halaman khususnya semasa cuti perayaan.
"Saya difahamkan perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Gua Musang ke Kota Bharu waktu perayaan memakan masa sehingga 12 jam atau lebih. Ini tidaklah keadaan yang seharusnya kita biarkan selama-lamanya," kata Najib.
Perdana Menteri mengumumkan cadangan pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer yang bernilai RM55 bilion sewaktu pembentangan Bajet 2017, yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.
Projek itu dijadual bermula Julai tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2024.
Sementara itu, Najib berkata orang ramai dipelawa memberikan pandangan masing-masing berhubung projek ECRL sepanjang tempoh sesi Pemeriksaan Awam projek itu selama tiga bulan bermula Rabu sehingga 5 Jun depan.
"Mereka boleh memberi pandangan sama ada secara dalam talian atau datang sendiri ke ibu pejabat SPAD," katanya.
Selain itu, sesi Pemeriksaan Awam juga akan diadakan di 38 lokasi yang dikunjungi orang ramai termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh di Kelantan, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman dan Dungun di Terengganu serta Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong di Pahang.
Sesi Pemeriksaan Awam akan mempamerkan cadangan laluan kereta api dari Wakaf Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak, stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung dan ciri-ciri projek ERL.