Alhamdulillah, 3 bulan sejak kita memasuki tahun baru 2017, Malaysia telah melangkah maju tapak demi tapak dalam setiap sudut pembangunan negara.
Sepanjang tempoh itu juga, banyak berita baik dan positif mengenai Malaysia yang telah dipaparkan di halaman surat khabar dan majalah, baik tempatan mahupun luar negara.
Tetapi malangnya ada dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya pihak pembangkang yang memilih untuk tidak nampak atau buat-buat tidak nampak semua berita baik ini hanya kerana ia bertentangan dengan naratif mereka bahawa Malaysia adalah negara yang gagal.
Ini bukan sahaja menunjukkan betapa pembangkang memandang rendah akan keupayaan negara dan rakyatnya, tetapi juga menunjukkan rendahnya jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia.
Di manakah rasa cintamu kepada Negaraku?
Antara lain, suka saya kongsi di sini beberapa berita positif mengenai Malaysia yang menjadi tajuk utama di banyak surat khabar dan majalah seperti:
i. Ekonomi Malaysia suku keempat 2016 atasi jangkaan – Berita Harian
ii. Langkah Baharu BNM dijangka lonjakkan ringgit – New Straits Times
iii. Universiti Malaya Berada Di Ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017 – Bernama
iv. 11 subjek di Universiti tempatan disenaraikan 50 terbaik dunia – New Straits Times
v. Malaysia Negara Terbaik untuk Pelaburan 2017 – U.S News & World Report
vi. Khidmat Kesihatan Malaysia Ke-3 Terbaik Dunia – International Living Magazine
vii. Malaysia Dijangka Peroleh KDNK Ke-25 Terbesar Dunia Menjelang 2030 – PriceWaterhouse Coopers
ix. Malaysia antara 10 ekonomi Paling Pesat Berkembang di Dunia – The Economist
dan banyak lagi.
Kesemua ini menunjukkan bahawa keadaan negara kita, sama ada dari kaca mata tempatan atau juga kaca mata antarabangsa, tidaklah seburuk yang dicanangkan oleh pembangkang.
Begitu banyak perkara positif yang boleh dibanggakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia, sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan bermacam lagi.
Kejayaan Negaraku adalah kejayaan rakyat kesemuanya, dan sememangnya kita harus berbangga mengenainya.
Berbangga dengan Negaraku, Malaysia.