7 Mac 2017
1. Saya mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.
2. Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.
3. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Walau bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam.
4. Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.
5. Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya.
DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA