KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama pada Rabu ini.
Acara itu dilangsungkan sempena ketibaan Pengasas Alibaba Jack Ma. Zon Perdagangan Bebas Digital yang diilhamkan oleh Najib, dirancang untuk menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam sektor e-dagang negara.
------------
Berita sebelum:
Jack Ma, Alibaba Group Merancang Menjadikan DFTZ Di Aeropolis KLIA Sebagai Hub Pengedaran Serantau
Syarikat gergasi e-perniagaan China, Alibaba Group Holding Limited merancang untuk menubuhkan sebuah hab pengedaran serantau di Malaysia bagi menampung pertumbuhan perniagaan pantas syarikat itu di rantau ini, kata dua sumber yang mengetahui rancangan itu. Hab itu akan dibina dalam kawasan Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebuah kawasan pembangunan...