NAIB Presiden PKR Rafizi Ramli bukan lagi nama yang boleh dipercayai. Acapkali dia telah menunjukkan sikapnya yang sebenar dengan memfitnah, mengarut, berbohong dan melawak. Sehingga ada yang tidak lagi menganggap dia sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya sebagai 'Raja Fitnah' dan pelawak.
Cerita karut Rafizi ini sudah jadi bahan lawak kerana sebelum ini sudah beberapa kali Lester Melanyi, bekas penulis Sarawak Report dan Xavier Justo sudah menjelaskan tentang beberapa dokumen yang dipalsukan oleh Claire Brown untuk tujuan politik. Namun Rafizi tetap bermain persepsi mengulang-ulang cerita berkenaan.
Yang terbaru Rafizi membuat tuduhan pada Perdana Menteri dengan tuduhan yang recyle dan sudah pun dijawab Peguam Negara dengan mengaitkan ada duit yang dicuri kononnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Apakah Rafizi ingat rakyat Malaysia mudah pelupa seperti Mahathir? Adakah Rafizi menganggap rakyat Malaysia mudah ditipu? Rakyat Malaysia tidak lupa. Masih lagi ingat semua 10 pembohongan yang diceritakan Rafizi?
1) 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah mengemukakan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbit artikel fitnah dalam blog beliau.
2) Sebelum PRU13, Abdul Hadi Awang dedahkan fitnah rekaan PKR dan DAP berkenaan isu pemilihan PM sekiranya menang PRU13 terhadap Presiden PAS.
3) 12 Julai 2014, laporan polis dibuat oleh Ajak Kapar Wan Adnan kerana memfitnah 'Langkah Kajang' dan menggunakan nama istana.
4) 6 Ogos 2014, Tan Sri Khalid Ibrahim menang saman fitnah dan PKR mohon maaf secara terbuka kerana memfitnah salah laku yang dilakukan Khalid sepanjang menjadi MB Selangor.
5) 22 Nov 2014, PM dan isteri fail saman malu dan Rafizi balas 'hanya gurauan' kerana memfitnah subsidi minyak masuk ke dalam akaun PM dan isteri untuk membeli cincin baru.
6) Januari 2016 lalu, didenda RM1,800 oleh mahkamah kerana mencetus ketegangan agama Islam-Kristian.
7) Oktober tahun lalu, dia diarah bayar denda RM300,000 oleh mahkamah kerana fitnah NFC tentang "lembu dalam kondo".
8) Sebulan selepas itu, dia didenda RM1,950 oleh mahkamah kerana himpunan haram "Blackout".
9) Pada bulan sama (Nov 2016), Rafizi dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah kerana melanggar akta OSA.
10) Pada hujung bulan yang sama pula, Rafizi diminta bertaubat oleh Abdul Hadi Awang kerana memfitnah PAS terima dana 1MDB.
Ayuhlah rakyat Malaysia kita jangan percayakan lagi apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi selepas ini. Walaupun dia berani tampil seperti tidak bersalah, namun di sisi undang-undang telah buktikan bahawa pemimpin Pakatan Harapan ini seorang pemfitnah dan pembohong bersiri.
Takutlah kepada pesanan dan amaran Allah mengenai mereka yang amat gemar menabur fitnah dan bohong tapi tidak mahu bertaubat seperti Rafizi ini.
"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih." (Surah Al Buruj ayat 10).