Trafik penerbangan udara di Malaysia terus meningkat menurut laporan Airport Malaysia (MAB) yang dikeluarkan hari ini - bagi kedua-dua penerbangan Antarabangsa dan domestik.
Untuk 3 bulan pertama 2017, penumpang penerbangan antarabangsa di KLIA meningkat 12.6% dari 8,958 juta orang kepada 10,085 juta orang.
Sementara trafik udara domestik di KLIA meningkat 13.1% dari 3.553 juta kepada 4.019 juta penumpang.
Di lapangan terbang domestik lain di Malaysia, juga menyaksikan pertumbuhan trafik yang besar.
Penumpang penerbangan antarabangsa di lapangan terbang domestik selain daripada KLIA meningkat 1.483 juta kepada 1.607 juta orang - peningkatan 8.4% manakala trafik udara domestik menyaksikan peningkatan 6.9% kepada 7.674 juta daripada 7.176 juta orang - tambahan 500,000 orang.
Keseluruhan Trafik penumpang bagi 3 bulan pertama 2017 di Malayisa meningkat 10.5% kepada 23.385 juta penumpang dari 21.169 juta orang pada 2016.
Kenaikkan terbesar adalah pada penerbangan antarabangsa bukan ASEAN seperti mana yang disasarkan di mana pengunjung mungkin akan tinggal lebih lama, pelancong yang berbelanja tinggi.
Untuk 3 bulan pertama 2017, penumpang penerbangan antarabangsa-ASEAN bukan di KLIA meningkat 12.7% kepada 5.399 juta dari 4.789 juta orang.
Di lapangan terbang Malaysia selain daripada KLIA, peningkatan adalah lebih besar. Penumpang antarabangsa selain ASEAN melonjak 31.2% dari 524,000 orang kepada 688,000 orang kerana peningkatan penerbangan terus dari destinasi antarabangsa ke lapangan terbang domestik seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
Peningkatan mendadak dalam penerbangan menunjukkan bahawa walaupun propaganda negatif yang disebarluas mengatakan ekonomi tidak baik, rakyat Malaysia semakin menngkat melancung melalui penerbangan udara.
Pada masa yang sama, ia menunjukkan bahawa kedatangn pelancongan terus berkembang.
Pada 2016, Malaysia menerima 26,757,392 pelancong terutamanya dari Singapura, Indonesia, China, Brunei dan Thailand.
Bagi 2017, kita menyasarkan peningkatan 15% kepada 31 juta orang. Trafik lapangan terbang menunjukkan bahawa sasaran ini mampu dicapai.

*****************
Rujukan:
http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=78884&name=EA_GA_ATTACHMENTS