Mahathir Pemfitnah Besar.

Terbaru, beliau mendakwa Malaysia kini di tangga 10 teratas negara paling korup walaupun realitinya kita langsung tidak berada di dalam kedudukan 100 negara paling korup.

Malah, kita berada di kedudukan ke-126 paling korup dari 176 negara – yang juga bermakna kita adalah negara ke 55 paling KURANG korup di dunia menurut Indeks Persepsi Rasuah Transparency International. http://www.transparency.org/cpi

Kemudian Dr. Mahathir berbohong lagi dengan berkata:
“Dan kini seorang timbalan menteri telah ditangkap berbohong mengatakan Peguam Negara Malaysia telah meminta maklumat berkenaan 1MDB dari Peguam Negara Switzerland yang kemudiannya telah dinafikan oleh mereka.”

Pembohongan ini masih disebarkan walaupun Malaysiakini telah dua kali memohon maaf kerana kesilapan laporan mereka yang memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim sebagai berbohong.
http://www.malaysiakini.com/news/379293

Dr. Mahathir berkata tiada siapa menghormati Malaysia tetapi kita sendiri menyaksikan ketibaan pelancong meningkat dengan mendadak pada tahun lepas dan 3 bulan pertama tahun ni.

Amerika Syarikat juga memuji pengendalian isu Korea Utara oleh kerajaan Malaysia.

Putera Mahkota Jepun yang melawat Malaysia minggu ini juga melontarkan pujian yang sama.

Malah, Malaysia yang kononnya ‘tidak dihormati’ telah menjadi destinasi pertama Raja Arab Saudi Raja Salman dalam rangka lawatan beliau ke Asia dua bulan lepas.

Melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Arab Saudi akan melabur sebanyak RM31 bilion di Malaysia.
Kemudian bulan lepas pula, Presiden Perancis Francois Hollande telah melawat Malaysia.

Perlu disebutkan yang Malaysia diberikan penghormatan paling tinggi apabila Najib melawat China dan India di dalam tempoh 6 bulan dan berjaya mendapatkan pelaburan yang bernilai RM300 bilion.

Dr Mahathir memang penipu besar. Dah tua-tua pun masih menipu. Menyedihkan.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa banyak membaca perkara yang buruk mengenai negara ini.

Tetapi perkara buruk yang sama inilah yang disebarkan oleh Dr. Mahathir dan penyokong pembangkang.

Kini Serangan Propaganda DAP & RBA Dilancar Dari Taiwan.

Malah, siasatan oleh Amerika Syarikat dan Singapura adalah disebabkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang melakukan laporan dan menyerahkan dokumen yang tidak lengkap dan diubahsuai.

Maka, Dr. Mahathir dan penyokong Pakatan lah yang merosakkan reputasi Malaysia melalui pembohongan dan penipuan mereka.

Tidak pelik apabila dua hari lepas, Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kamarulazman Habibur Rahman bersama-sama 821 lagi ahli. Salah satu sebab yang diberikan adalah:
“Parti Pribumi akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dengan menyebarkan fakta palsu yang berasaskan penipuan yang tidak logik.

“Ini sangat membimbangkan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara dan kita tidak sepatutnya mensabotaj ekonomi kita sendiri kerana ia melibatkan kehidupan berjuta orang.”

Pemimpin PPBM Akui Ahli Parti Tiada Kualiti

Kamarulazman bijak kerana meninggalkan parti itu dan pengerusinya yang langsung tidak pedulikan negara ini dan terus mensabotaj negara ini akibat dendam kesumatnya.

Bukan negara Malaysia yang semakin tidak dihormati tetapi sebaliknya Dr. Mahathir yang semakin kehilangan kehormatan.

Itulah legasi anda: orang tua penipu yang penuh perasaan benci dan pentingkan diri sendiri.



 *****************************
Rujukan:

"#NegarakuMalaysia: Mahathir Mengatakan Bahawa Dunia Tidak Lagi Menghormati Malaysia – Tetapi… "
http://pakdin.my/negarakumalaysia-mahathir-mengatakan-bahawa-dunia-tidak-lagi-menghormati-malaysia-tetapi/

"Jumlah Penumpang Udara 3 Bulan Pertama 2017 Meningkat Walaupun Pakatun Kata Negara Akan Bankrap"
http://pakdin.my/jumlah-penumpang-udara-3-bulan-pertama-2017-meningkat-walaupun-pakatun-kata-negara-akan-bankrap/

"[Video] Mahathir Pemfitnah: Kali Ini Memfitnah Razali Ibrahim Dari Laporan Palsu Malaysikini"
http://pakdin.my/mahathir-pemfitnah-kali-ini-memfitnah-razali-ibrahim-dari-laporan-palsu-malaysikini/