Pakatan 'Bloody Fool' Jadikan Parlimen Pertunjukan Sarkas


"If you are in power you are powerful, if you dont use your power you are bloodyfool," merupakan kata-kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam. 

Kata kata itu terbit sebelum  dewan rakyat bertukar menjadi seakan-akan sebuah kandang sarkas oleh beberapa wakil rakyat dari pembangkang.

Tanggal 6 April 2017, kita dapat lihat bagaimana perilaku sebenar wakil rakyat Pakatan Harapan yang seolah 'cacing kepanasan' apabila Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Bermula dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun membuat provokasi menggunakan alasan Perkara 14. Malangnya, apabila Speaker mohon untuk penjelasan terperinci akan maksud Perkara 14 itu, Kit Siang tidak mampu berkata-kata. 

Apatah lagi apabila ada seorang wakil rakyat yang melabelkan Kit Siang sebagai 'makin tua, makin gila', maka pembangkang semakin bertambah 'bloody fool' dalam dewan berkenaan.

Kesannya, pembentangan RUU 355 itu telah lambat kira-kira 35 minit seperti dijadualkan. Semuanya gara-gara provokasi Pakatan Harapan yang mahu mensabotaj usaha Abdul Hadi hingga sanggup 'mengotorkan' kemuliaan dewan itu. 

Ini termasuklah cadangan dari Ahli Parlimen PKR Alor Setar yang meminta RUU 355 dipersembahkan terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja. Bukannya mereka tidak faham undang-undang, tetapi semuanya dilakukan secara sengaja untuk cuba menghalang proses tersebut.

Kemuncak mereka menjadi 'bloody fool' adalah apabila Speaker menggunakan peruntukan kuasa yang ada pada beliau untuk menangguhkan sesi perbahasan pada jam 4.00 petang.

Kita boleh saksikan betapa 'meroyannya' mereka seperti wakil rakyat PKR Pandan, DAP Puchong, PAN Shah Alam dan PKR Ampang dalam dewan itu. Tak henti-henti mereka menjerit, melolong dan menyalak dengan menuduh Speaker sebagai pengecut dan takut.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama wakil rakyat Pakatan Harapan beraksi seperti 'zoo' dalam Dewan Rakyat. Lihat ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 tahun lalu, bagaimana Pakatan Harapan telah melakukan provokasi jauh lebih teruk daripada perangai budak tadika kelas ketiga. 

Masih ingatkah lagi kelakuan jahat ahli ahli DUN DAP dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 2008? Ya, semalam berulang lagi kebiadapan itu.

Maka, adakah itu kualiti sebenar pemimpin Pakatan Harapan yang diharapkan rakyat untuk memimpin negara? Hentilah dari terus menyokong mereka yang berperangai tidak matang sebegini.

Apa pun 6 April 2017 telah berlalu dan menjadi sejarah. Rakyat melihat sendiri sikap bodoh dan tidak matang ahli parlimen Pakatan Harapan.

Kejayaan untuk memperkasakan syariat Islam di Malaysia telah diusahakan biarpun ada yang menghalang.

Walaupun Pakatan Harapan menentang perjuangan memartabatkan agama Islam ini, namun percayalah semalam bukannya hari untuk Umno dan PAS, tetapi ia adalah hari sarkas untuk Pakatan Pembangkang.

Ayat "Bloody Fool" itu speaker sengaja cakap. Sebenarnya ianya merujuk kepada "Pakatan Bloody Fool" yang diketuai Kit Siang dan DAP semalam.