10 Faktor Kerajaan DAP Pulau Pinang Akan Tumbang



Percaya atau tidak, penggal ini merupakan yang terakhir bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa di negeri pulau mutiara itu.

Penggal pertama dan kedua, DAP perintah, kerana ada rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat mereka. Namun sekarang ini, DAP tidak mampu lagi hendak menipu pengundi buat kali yang ketiga.

Kenapa ada cakap cakap bahawa roket DAP di Pulau Pinang bakal jatuh pada PRU14? Ada 10 faktor utama yang menjadi penyebab kepada kekalahan itu.

Pertamanya 25 buah kampung Melayu telah lenyap hasil pemerintahan 'kejam' DAP. Keahlian Umno pula naik dengan mendadak sehingga 35 peratus, di samping keahlian PAS juga naik 30 peratus. Petunjuk pengundi Melayu juga bertambah 9% berbanding PRU13 yang lalu menjadi 44%.

Faktor keempat yang paling menakutkan DAP, apabila terdapat 18 DUN di negeri itu yang majoritinya adalah pengundi Melayu. PKR mungkin hilang semua kerusi jika PAS masuk di semua kawasan ini.

Kerana sikap diktator Guan Eng, kajian mendapati sokongan terhadap DAP menurun 25 peratus di kawasan sebelah pulau. Ini menjadi faktor kelima mengapa DAP akan tumbang di sana.

Bukan sahaja di sebelah pulau, sokongan pengundi terhadap 'parti chuavinis' itu juga turun merudum sebanyak 35 peratus di Seberang Perai. Ini diakui kerana ketidakcekapan kerajaan DAP dalam isu-isu seperti tebatan banjir serta tambak laut yang menjejaskan kehidupan nelayan.

'Bala' terbesar buat Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah skandal banglonya. Guan jelas sudah kantoi dalam isu banglo ini, hanya menunggu masa untuk mendapat hukuman sahaja.

Skandal banglo, rasuah kroni dan isu Taman Manggis menjadi faktor penyebab pengundi bakal menolak DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

Faktor kesembilan yang sedang menghantui DAP di Pulau Pinang adalah isu rasuah yang melibatkan kroni Guan Eng, isu terowong, serta isterinya sendiri. Rata-rata pengundi sudah mula muak dan rasa tertipu dengan Guan Eng yang sebelum ini amat sombong bila bercakap soal kronisme dan nepotisme.

Faktor terakhir yang bakal membuatkan DAP 'berputih mata' untuk terus mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang adalah perpecahan dalaman parti, yang kebanyakan pemimpjn akar umbinya tidak berpuas hati dengan Guan Eng dan keluarganya.

Apa tidaknya, keseluruhan parti itu diurus mengikut cara mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa 'Legasi Lim'. Sebab itu sudah ada suara suara mendesak Guan Eng meletak jawatan sahaja.

Inilah 10 faktor yang menjadi penyebab kerajaan DAP di Pulau Pinang bakal kalah teruk dan akan dihukum oleh pengundi pada PRU14 nanti.

DAP dijangka akan hilang 5 kerusi, PKR dijangka kalah semua kerusi pada PRU14 nanti. BN dan PAS akan menambah kerusi. Rakyat Pulau Pinang tidak mahu jadi bodoh buat kali ketiga.

Cukuplah dua kali terkena dengan janji janji manis DAP, rakyat tidak sabar hendak menghukum DAP di atas kertas undi nanti.