Semalam, Ringgit ditutup tertinggi dalam 5 bulan pada RM4.3695 berbanding Dollar Amerika dan merupakan kaunter untung utama di Asia untuk hari tersebut.
Pagi Rabu ini, Ringgit terus mengukuh. Kini diniagakan pada RM4.355 berbanding Dollar Amerika.
Pagi ini, Sun Daily melaporkan:
"Berikutan kenaikan terkini, Pong meramalkan ringgit mungkin akan terus mengukuh berbanding Dollar AS sehingga akhir bulan ini.
Penganalisis menyatakan bahawa ringgit akan terus disokong oleh langkah-langkah menstabilkan Bank Negara, termasuk penukaran 75% daripada perolehan eksport kepada ringgit, serta paras rizab antarabangsa yang selesa.
Sementara itu, perjanjian penyelesaian timbang tara antara 1MDB dan Abu Dhabi IPIC juga dilihat sebagai rangsangan untuk pasaran tempatan.
Jelas, penganalisis tidak terpedaya dengan propaganda pembohongan Pakatan menuduh 1MDB atau Kerajaan telah membayar dalam penyelesaian dengan menggunakan "dana daripada pembayar cukai".
Hanya pemimpin-pemimpin Pakatan dan macai mereka terus percaya manakala penganalisis melihat ini sebagai satu langkah yang positif untuk Malaysia dan langkah utama ke arah penyelesaian akhir 1MDB.
Kalau betul lah Malaysia terpaksa "membayar dua kali ganda" atau perlu membayar sebanyak USD6 bilion untuk "bail-out" 1MDB maka mereka harus menjual Ringgit semalam dan pasaran matawang tidak akan menyebelahi Malaysia.
LSS.
----
Rujukan:
"Ringgit edges up to 5-month high against US dollar"
"Penyelesaian 1MDB – IPIC: Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar Amerika"