RM333.6 Bilion - Pelaburan Masuk Kerana Usaha Najib


Ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. Sebanyak RM333.6 bilion pelaburan asing telah dibawa masuk oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hasil hubungan baik beliau dengan negara luar.

Dengan negara China sahaja, perjanjian sebanyak RM144 bilion berjaya dimuktamadkan manakala dengan Arab Saudi pula, perjanjian RM31 bilion telah dimeterai antara Saudi Aramco dengan Petronas di Pengerang.

Dan terbaru, sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perniagaan berjumlah RM162.37 bilion dimeterai antara syarikat-syarikat Malaysia dan India, ketika lawatan Perdana Menteri ke negara itu.

Melihat kepada jumlah berkenaan, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ia masih dipertikaikan oleh pembangkang. Namun mengambil kira pembangkang yang tidak boleh menerima hakikat akan kejayaan tersebut, maka bukan sesuatu yang mengejutkan apabila pelaburan tersebut dimanipulasikan.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Najib apabila beliau berjaya mengikat perjanjian besar itu termasuk fitnah kononnya cuba menjual kedaulatan negara.

Selepas dituduh cuba menjual negara kepada China, selepas ini giliran India pula.

Fitnah dan tohmahan itu sebenarnya merupakan cubaan untuk mensabotaj negara selain rasa tidak senang kerana Najib mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dunia termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ternyata putar belit pembangkang mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berjaya mempengaruhi negara luar sebaliknya mereka terus yakin dengan kepimpinan negara sedia ada.

Jika tidak, sudah tentu mereka tidak akan sanggup melabur di Malaysia. Apa yang pasti pelaburan asing ini memberikan tamparan kepada pembangkang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana 1MDB bukan lagi satu isu yang boleh dimanupulasikan.

Mereka boleh menggunakan media asing untuk memburukkan Najib, namun ia tidak akan berjaya sebaliknya lebih memalukan, isu 1MDB ini memakan diri pembangkang dan Mahathir sendiri.

Untuk kesekian kalinya kita dapat melihat bahawa keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia tidak boleh dinafikan lagi. Mereka tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa Malaysia akan muflis, seperti yang dijaja oleh pembangkang.

Yang pasti, pelaburan dari China, India dan Arab Saudi ini menunjukkan kemenangan politik kepada Najib. Dua negara paling banyak penduduk di dunia dan sebuah negara Arab menyakini dan mempercayai Dato' Seri Najib. 

Pembangkang masuk gua lagi nampaknya minggu ini. Kering isu. Selepas kunjungan Raja Salman, BR1M, harga minyak turun, hutang 1MDB diselesaikan dan terbaru hasil pelaburan dari India, apa lagi isu yang pembangkang hendak cakap? 

Bercakaplah pasal isu Azmin Ali dan Guan Eng. Banyak yang boleh diceritakan di negeri yang ditadbir oleh PKR dan DAP itu. Penuh kertas jika disenarai satu persatu isu isunya.