Hari ini, Mahathir berkata RUU355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang memecah belah orang Melayu dan akan menyebabkan orang bukan Islam takut kepada Islam.
Walau bagaimanapun, mungkin Mahathir terlupa bahawa RUU355 yang dipinda pada zamannya yang termasuk meningkatkan kuasa dan liputan Mahkamah Syariah dan juga meningkatkan penalti termasuk memperkenalkan hukuman rotan sebagai hukuman?
Adakah Mahathir maksudkan apabila dia buat semua itu tidak memecahbelahkan orang Melayu dan tidak menyebabkan orang bukan Islam takut kepada Islam tetapi sekarang apabila orang lain membentang pindaan, ia akan memecahbelahkan orang Melayu dan menyebabkan orang bukan Islam takut kepada Islam.
Sah orang tua itu sudah nyanyuk
LSS.
----------
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan memperkenalkan hukum sebatan.
Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989].
Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.
Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh kerajaan Mahathir.
**************
Rujukan:
http://m.malaysiakini.com/news/378447