Sudah 8 Bulan, Bila Lagi Pentaksub Mahathir, Matthias Chang dan Husam Memfailkan Semula Saman Mereka Terhadap 1MDB Di Amerika Syarikat

Pada 11 Ogos 2016, pentaksub-tegar dan penasihat Mahathir, Matthias Chang dan Husam Musa dari PAN dengan bangganya memfailkan saman-undang terhadap 1MDB di Amerika Syarikat.

Macai Pakatan bersorak sakan dengan tindakan mereka!

Lebih sebulan kemudiannya pada 23 Sept, kedua-dua mereka menarik balik saman mereka dengan memberi alasan utama bahawa DOJ telah menarik balik injunksi secara menyeluruh terhadap Red Granite pada 1 Ogos (masa US).

Jadi, saya mempersoalkan Matthias mengapa dia begitu keliru dengan konsep untuk memfailkan saman penuh SELEPAS dia mengetahui bahawa DOJ telah menarik balik injunksi secara menyeluruh.

Ini membuat Matthias benar-benar gila dan dia menghina Salleh Said Keruak dalam video (sila lihat disini sekiranya suka dengan orang gila):


https://youtu.be/JUSLVYfXS08

Husam dan Chang berkata bahawa mereka akan membuat pindaan dan memfailkan semula tidak lama lagi:

Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.

"Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.

"Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya (berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui WhatsApp.

Nah, sudah 8 bulan berlalu. Masih tidak ada nampak bayangan untuk memfailkan semula  saman mereka terhadap 1MDB. 

Ini bermakna bahawa Matthias dan Husam sebenarnya tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Masa untuk Matthews dan Husam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Anda hanya pandai menipu dan menghina. 

Jika anda tidak suka apa yang saya katakan, sila meneruskan mogok lapar sampai mati (untuk kesekian kalinya) untuk membuat bantahan.

Mengapalah Mahathir mengelilingi dirinya dengan orang bebal dan gila dan turut melantik dia menjadi setiausaha politiknya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.



*************
Rujukan:

"Husam: Saman di AS perlu diubah suai"

"Saman baru difailkan di AS untuk tebus dana 1MDB"

"Husam, Chang gugurkan saman berkaitan 1MDB di AS"