Macai Pakatan fikir peguam hanya mempunyai satu pelanggan dan satu pekerjaan dengan hanya satu pelanggan pada setiap masa.
Tetapi kenyataan dalam dunia sebenar, peguam mempunyai ramai pelanggan dan banyak pekerjaan pada masa yang sama. Malah, peguam juga boleh mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk pelanggan yang sama pada masa yang sama.
Dalam kes Anwar, Shafee dituduh dibayar oleh Najib untuk mendakwa Anwar kerana pembayaran kononnya daripada Najib lebih kurang pada masa yang sama (yang sebenarnya tidak benar kerana pembayaran pertama seperti didakwa adalah 5 bulan sebelum perbicaraan Anwar di Mahkamah Rayuan) .
Di gambarkan seolah-olah Shafee dan firma guamannya tidak mempunyai pelanggan lain dan tidak ada kerja lain selain 1 pelanggan (Najib) dan 1 pekerjaan dengan Najib yaitu untuk mendakwa Anwar.
Shafee dan firmanya, menjadi panel peguam yang dipercayai oleh UMNO selama bertahun-tahun yang paling pasti mempunyai banyak pekerjaan dari UMNO pada bila-bila masa - samada kes-kes komersial, sivil, jenayah atau atas dasar khidmat nasihat atau 'custodian basis'.
Najib, mempunyai 'power of attorney' bagi UMNO untuk menggunakan akaun khas presiden untuk membuat bayaran tersebut.
Namun, pada fikiran singkat Pakatan dalam keadaan seolah-olah semuanya betul akan berfikir bahwa pembayaran hanya untuk satu tujuan tertentu.
Mari kita lihat contoh berikut:
Pemimpin DAP Gobind Singh adalah peguam bela utama bagi Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya.
Sudah tentu, Lim Guan Eng atau DAP perlu membayar Gobind Singh untuk bayaran perundangan dan perbelanjaan.
Sebulan kemudian Gobind Singh juga bertindak sebagai peguam bela utama bagi seorang Datuk Seri yang dituduh sebagai pemimpin Geng 24, sebuah kumpulan jenayah. http://www.thesundaily.my/news/2168143
Kalau mengikut logik Pakatan, ini adalah bukti bahawa apa-apa bayaran daripada DAP atau Lim Guan Eng untuk perkhidmatan Gobind bermakna DAP atau Guan Eng membayar kepada Gobind untuk mempertahankan pemimpin Geng 24?
Sudah tentu tidak.
Tetapi itu adalah bagaimana Anwar dan Pakatan fikirkan.