Exco Bersatu lapor SPRM siasat salahlaku Mukhriz

Siasatan ini berkaitan dengan kes di mana Kementerian Kewangan telah mengarahkan Telekom Malaysia untuk memberi kontrak RM214 juta secara langsung dan tanpa tender kepada syarikat Mukhriz

Surat dari Kementerian Kewangan, dimana Mahathir adalah menteri bertarikh satu bulan sebelum Mahathir bersara sebagai menteri PM dan MOF.

This helped Mukhriz's company's IPO to succeed and his shares surge a few hundred percent.

Ini membantu kejayaan IPO syarikat Mukhriz dan sahamnya meningkat beberapa ratus peratus.

Maklumat lanjut mengenai perjanjian ini (termasuk surat) di sini:

Surat tawaran lihat sini: http://bit.ly/2tSQiTD



*****
Exco Bersatu lapor SPRM siasat salahlaku Mukhriz

Seorang Ahi Exco Pusat  Armada  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan pernah berlaku salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan dua pemimpin tertinggi parti.

Mohamad Taufik Abas berkata laporan itu melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Seri Mukhriz  Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau mendakwa projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.

"Jadi, saya ingin SPRM siasat sebarang kemungkinan salah guna kuasa dan rasuah kerana Telekom merupakan syarikat berkaitan kerajaan manakala Kementerian Kewangan berada dalam jawatankuasa tender," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan dan membuat laporan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.

Ketika ini Dr Mahathir merupakan Pengerusi PPBM dan Mukhriz pula adalah Timbalan Presiden parti itu.

Mohamad Taufik yang turut menyerahkan beberapa dokumen bagi menyokong laporan yang dibuatnya, berkata beliau bertindak demikian bagi membersihkan PPBM daripada sebarang unsur negatif sepertimana konsep ketelusan, tolak rasuah dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan pemimpin parti.

******
`PPBM deputy’s company under scrutiny for alleged graft over 2003 Telekom deal`