Akhirnya hasrat Lim Kit Siang tercapai.
Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi skandal Forex BNM bernilai AS$10 bilion (sekarang bernilai RM80 bilion) kerana pasukan petugas khas mendapati bukti kerugian, kesilapan dan percubaan untuk mengelirukan parlimen serta menyembunyikan skandal.
Habis lah Madey and Ketum..
*********
Suruhanjaya Diraja ditubuhkan siasat kerugian forex Bank Negara
Siasatan awal Pasukan Petugas Khas (PPK) mengenai kerugian pertukaran matawang asing (Forex) Bank Nagara Malaysia mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.
Lebih mengejutkan lagi siasatan PPK menunjukkan ada cubaan menyembunyikan fakta sebenar kejadian tersebut dengan mengelirukan Kabinet dan Parlimen.
Kejadian yang berlaku sekitar 80-an dan 90-an itu menyaksikan laporan rasmi Bank Negara rugi RM6 bilion bagaimanapun difahamkan jumlah sebenar kerugian adalah USD10 bilion.
Sehubungan dengan itu Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga matawang asing tersebut.
Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan PPK, yang diberi mandat untuk membentangkan hasil laporan mereka selepas tiga bulan.
"Dalam laporan itu, PPK mendapati wujud kes 'prima facie' bagi keruguian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan mencadangkan penubuhan RCI bagi melakukan siasatan terperinci lagi menyeluruh berdasarkan lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119.
"Penubuhan RCI juga bertujuan menjaga kepentingan awam, yang mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga matawang asing membabitkan rizab negara dapat dipastikan.
"Ini kerana siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar saripada apa yang dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.
"PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyiklan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Kabinet dan Parlimen," katanya.
Sehubungan itu, mengikut kenyataan akhbar yang sama, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor PPK bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan, sekali gus diharap mampu merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu.
Kerajaan juga berterima kasih kepada Pengerusi PPK, Tan Sri Sidek Hassan dan ahlinya serta Sekretariat PPK di Kementerian Kewangan, yang memberi komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian terbabit dengan telus, bebas lagi adil.