Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyeru umat Islam menghidupkan budaya ziarah dalam sambutan Aidilfitri kali ini.
Khatib berkata umat Islam perlu meninggalkan televisyen dan media sosial agar hubungan silaturahim dapat dieratkan.
“Tinggalkan televisyen dan segala gajet serta media sosial agar kita boleh menghidupkan amalan berziarah dan menyambung silaturahim sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
“Bulan Syawal boleh diibaratkan sebagai bulan silaturahim. Betapa Syawal menjadi bulan yang penuh keberkatan.
“Ini kerana menerusi amalan ziarah-menziarahi, umat Islam dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
“Ia mampu menautkan kembali ikatan persaudaraan yang sudah lama terputus,” katanya menerusi khutbah bertajuk “Berhari Raya Dengan Penuh Beradab.”
Mimbar hari ini juga menyeru umat Islam agar meneruskan amalan sedekah bagi menambah keceriaan Aidilfitri.
Khatib berkata amal ibadat tidak seharusnya terhenti di bulan Ramadan sebaliknya diteruskan dengan amalan sunat.
“Teruskan beribadah baki sepuluh hari terakhir Ramadan dan usah berhenti memburu lailatu al-Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan.
“Madrasah Ramadan yang datangnya hanya sekali dalam setahun seharusnya dapat menjana peningkatan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.
“Aidilfitri yang akan kita sambut tidak lama lagi adalah anugerah Allah kepada orang mukmin yang bersungguh-sungguh menunaikan puasa sepanjang Ramadan.
“Ia adalah sebagai tanda kemenangan melawan segala tuntutan nafsu selama sebulan berpuasa,” katanya.