MRT: Najib Hanya Teruskan Projek Era Mahathir? Mahathir Usah Nak Perasan Lah

Tidak! Najib tidak melakukan lebih banyak penswastaan @ 'pengkronian' ​Pengangkutan Awam dan kemudian 'bail-out' satu persatu apabila kroni terlingkup.
Lihat sini: *Empat Projek Pengangkutan Awam Utama Kroni Mahathir Bankrap Dan Terpaksa Di ‘Bail-Out’ Oleh Kerajaan* http://pakdin.my/empat-projek-pengangkutan-awam-utama-kroni-mahathir-bankrap-dan-terpaksa-di-bail-out-oleh-kerajaan/

Najib juga tidak melakukan perkara-perkara bodoh seperti mempunyai stesen Masjid Jamek yang tidak bersepadu dan perlu menyeberang jalanraya yang sibuk untuk menukar ke rangkaian laluan lain.

Najib juga tidak membuat perjanjian konsesi berat sebelah di mana cukai lapangan terbang dipotong untuk membayar ECRL milik swasta - sama ada penumpang menggunakan ERL atau tidak - dan menjamin kenaikan tambang berkali ganda sepanjang hayat konsesi. 
Lihat sini: *Sebahagian Cukai Lapangan Terbang Dibayar Kepada ERL* http://pakdin.my/sebahagian-cukai-lapangan-terbang-dibayar-kepada-erl/



Dan Najib tidak membatalkan perkhidmatan bas mini yang popular dan memaksa semua syarikat bas lain dijual kepada kroni monopoli yang dipanggil Intrakota yang tak memerlukan masa lama untuk lingkup dan terpaksa diselamatkan.

Tidak. Najib tidak melakukan semua yang Mahathir buat.

Najib mengelak melakukan apa yang Mahathir lakukan dan serius mengenai pengangkutan awam - tidak seperti Mahathir dan kecintaannya terhadap. PROTON dan perjanjian menghisap darah seperti EON.
Baca sini: *PROTON Menghadapi  Masalah Tetapi Pemegang Saham EON Telah Mengaut Keuntungan Lama Dahulu – Mahathir Memang Hebat?* http://pakdin.my/proton-menghadapi-masalah-tetapi-pemegang-saham-eon-telah-mengaut-keuntungan-lama-dahulu-mahathir-memang-hebat/

Mahathir usah nak perasan lah.. Akui lah bahawa Anda tersangat gagal dalam pengangkutan awam.



LSS.
------
Rujukan: