Propaganda Macai 'Top Dog' - Banyak Kilang Telah Di Tutup Dan Ramai Hilang Pekerjaan



Ingat lagi pembohongan Pakatan dengan propaganda mengatakan sejumlah besar kilang telah ditutup, ramai yang kehilangan pekerjaan dan Malaysia akan muflis?

Itu tidak benar.

Realitinya ialah sektor pembuatan sedang berada di tengah-tengah fasa pertumbuhan yang sangat tinggi dengan peningkatan jumlah jualan yang besar.

Sementara itu, jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan pada bulan Mei adalah 1,051,923 orang, meningkat 2.7% atau 27,164 orang berbanding 1,024,759 orang setahun lalu.

Gaji dan upah bagi sektor pembuatan juga meningkat sebanyak 13.3% kepada RM3.464 bilion - disebabkan oleh kenaikan gaji dan kerja lebih masa.

-------------
*Nilai jualan sektor pembuatan naik 19.5 peratus*


Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat kukuh sebanyak 19.5 peratus kepada RM61.9 bilion pada Mei 2017 berbanding RM51.8 bilion pada bulan sama tahun lalu, susulan peningkatan dicatatkan dalam tiga subsektor utama.

Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan itu dicatatkan dalam kumpulan produk peralatan elektrik dan elektronik (24.0 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (20.5 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (13.3 peratus).

Ketiga-tiga subsektor berkenaan menyumbang 79.8 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jumlah pekerja sektor pembuatan pada Mei adalah seramai 1,051,923 orang, meningkat sebanyak 2.7 peratus atau 27,164 orang berbanding 1,024,759 orang pada tahun lalu.

Jumlah gaji & upah naik sebanyak 13.3 peratus kepada RM3.464 bilion.

Susulan itu, nilai jualan setiap pekerja naik sebanyak 16.4 peratus kepada RM58,863 berbanding bulan yang sama pada Mei 2016. - BERNAMA

-------------
Rujukan:
'Lagi Propaganda Lemau Mengenai GST Oleh Anjing Jalanan Macai Top Dog'