Skandal FOREX BNM: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Mahathir Untuk Menangguhkan Prosiding RCI

Mahathir gagal kali ke-3 untuk menangguhkan RCI mengenai skandal FOREX BNM RM30 bilion.

Mengapa Mahathir takut sangat dengan RCI? Apa yang perlu ditakutkan sampai beliau bersusah payah mencuba banyak kali untuk menangguhkan RCI?

Bukan kah dia kata # Nothing2Hide?

Adakah Mahathir akan mencuba untuk kali ke-4 bertujuan melengahkan perbicaraan dengan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini?



*****
*Siasatan RCI FOREX Bermula 21 Ogos*

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara yang berlaku sekitar tahun 1990-an akan memulakan pendengarannya pada Isnin ini.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menangguhkan prosiding RCI.

Pasukan peguam Mahathir berharap mendapatkan penangguhan, sementara menunggu rayuan kes untuk menyingkirkan dua anggota panel RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon.

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa mereka tidak berhasrat untuk mencabar Yang di-Pertuan Agong, tetapi hanya mahu kabinet memberi nasihat kepada Seri Paduka untuk menggantikan kedua-dua anggota itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mereka tidak membenarkan permohonan itu.

"Demi kepentingan awam, RCI perlu diteruskan," katanya.

Panel tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.