Soalan Kepada Pengkritik Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) 


Para pemimpin pembangkang dan pengkritik yang terus menyerang bahwa RM55 bilion untuk ECRL tidak akan menguntungkan kerana kerajaan tidak dapat pulangan dari pelaburan, juga harus menjawab dua pertanyaan senang ini:

1. Sekiranya ECRL tidak dapat pulangan dari pelaburannya melalui pengangkutan kargo dan tambang penumpang, apakah pulangan bagi RM27 bilion Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol dan tiada kutipan hasil langsung?

2. Sekiranya ECRL 688km yang menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dan mampu memberi perkhidmatan terhadap lebih daripada 10 juta orang serta menyediakan jambatan darat yang memberi saingan kepada pelabuhan Singapura dengan kos RM55 bilion tidak memberi pulangkan maka bagaimana pula dengan RM46 bilion bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi membina jalan raya dan lebuh raya untuk kegunaan 1.7 juta orang. Adakah mereka berjanji dengan bebas tol mereka boleh mendapat apa-apa hasil darinya?

Sila *jawab* kedua-dua soalan di atas sebelum teruskan untuk menghentam ECRL *atau adakah perlu Kerajaan Persekutuan menghentikan projek Lebuhraya Pan Borneo dan Kerajaan Pulau Pinang menghentikan projek PTMP kerana tidak ada apa-apa pulangan langsung dan tidak dapat mengembalikan pelaburan?*

Para penyebar propaganda dan 'alarmist' ini tidak melihat gambaran lebih luas di mana hasil kerajaan bukan hanya terhad kepada pulangan langsung dari projek pengangkutan.

Jangan hanya melihat kos. Lihat juga kepada peluang (opportunities) .

Kerajaan juga melakukan pembangunan berorientasikan pengangkutan - bermakna nilai tanah pada keseluruhan laluan akan meningkat dan membolehkan zon pengeluaran pembuatan dan aktiviti pelancongan akan muncul di kawasan tersebut.

Di samping peningkatan nilai tanah, kerajaan juga akan meraih hasil cukai (ya, termasuk GST) daripada peningkatan peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi.

Lihat sini: 'ECRL Jana 45,000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia – @NajibRazak' 

Di samping itu, kesesakan dapat dikurangkan, masa perjalanan dikurangkan, pencemaran yang berkurangan kerana landasan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, mengurangkan kemalangan, mengurangkan kehilangan nyawa dan mengurangkan import minyak. 

Projek landasan keretapi akan bertahan sehingga 100 tahun dan pulangan kepada kerajaan dan rakyat adalah bagi jangka panjang - lama selepas pengkritik sudah tidak wujud lagi.

Selain itu, tidak ada keperluan untuk membuat spekulasi bahawa kos projek akan meningkat kerana kerajaan sekarang telah membuktikan untuk pembinaan projek-projek pengangkutan yang disiapkan mengikut masa dan di bawah anggaran seperti sambungan LRT 1 dan LRT 2 serta MRT.

Ini bukan kerajaan Mahathir di mana projek-projek yang dibina oleh kroni yang tidak berkemampuan melaksanakan projek besar-besaran dengan kos yang tinggi dan kemudian terpaksa di 'bail-out'. 

Jika landasan kereta api adalah membazir, cuba fikir kenapa China yang sedang pesat membangun banyak landasan keretapi di negara mereka sendiri? Fikirkan!

LSS.


Rujukan:
ECRL Jana 45,000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia – @NajibRazak

MENGAPA PAKATUN BERSUNGUH-SUNGGUH SABOTAJ ECRL? http://pakdin.my/mengapa-pakatun-bersunguh-sungguh-sabotaj-ecrl/

KOS PELAN INDUK PENGANGKUTAN PULAU PUNANG MENINGKAT KEPADA RM46 BILION http://pakdin.my/kos-pelan-induk-pengangkutan-pulau-punang-meningkat-kepada-rm46-bilion/

KENAPA CHAUVINIST CINA DAP DENGKI NAJIB MAJUKAN MELAYU DI PANTAI Timur? http://pakdin.my/kenapa-cina-dap-dengki-najib-majukan-melayu-di-pantai-timur/

MENGAPA PAKATUN BERSUNGUH-SUNGGUH SABOTAJ ECRL? http://pakdin.my/mengapa-pakatun-bersunguh-sungguh-sabotaj-ecrl/