UMNO & BN Selangor Kecam Azmin Ali


KENYATAAN MEDIA OLEH 
YB DATUK MAT NADZARI AHMAD DAHLAN
TIMBALAN PENGERUSI UMNO / BN SELANGOR

UMNO & BN SELANGOR KECAM AZMIN ALI

1. UMNO dan Barisan Nasional Selangor mengutuk tuduhan tidak berasas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan jenayah ekoran kekecohan yang berlaku pada forum Nothing To Hide 2.0 semalam.

2. Atas dasar dan bukti apa tuduhan berkenaan dilontar kepada Perdana Menteri yang tidak menyatakan komitmen pun sebelum ini untuk menghadiri forum anjuran sayap Armada Pribumi berkenaan?

3. Justeru, UMNO dan BN Selangor melihat tuduhan terdesak oleh Timbalan Presiden PKR itu bagi menutup lompang yang sememangnya wujud dalam Pakatan Harapan selama ini. Umum mengetahui sejak Pengerusi Pribumi, Tun Dr Mahathir Mohamad berdamping dengan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai penyokong pembangkang termasuk mereka yang menyokong gerakan Reformasi sebelum ini tidak merestui keputusan yang dicapai untuk berdamai dengan Tun Dr Mahathir.

4. Bagi mereka, tindakan Tun Dr Mahathir yang cuba membunuh karier politik Datuk Seri Anwar sebelum ini tidak boleh dimaafkan sehingga menggelarkan veteran politik itu dengan pelbagai gelaran seperti ‘Mahafiruan’ & ‘Mahazalim’.

5. Di sini, penganjur harus dipersalahkan kerana berkompromi dengan aspek keselamatan semua pihak yang menghadiri forum berkenaan. Bagaimana suar api boleh dibawa masuk ke dalam dewan? Mengapa perjalanan forum termasuk ketika sesi soal jawab tidak dikawal dan kelihatan insiden terpekik, terjerit dan beremosi mengambil tempat?

6. Adakah mungkin insiden berkenaan sengaja direka atau ia merupakan lakonan bagi memburukkan parti lawan mereka selain adakah provokasi seumpamanya bagi menutup gambaran sebenar kegagalan forum berkenaan yang jelas banyak soalan yang dikemukakan peserta tidak dijawab sepenuhnya.

 
7. Walaupun UMNO dan BN Selangor menolak sebarang bentuk keganasan selain menyokong penuh hak mengamalkan demokrasi, namun tindakan pemimpin pembangkang yang sering menuding jari mencari salah orang lain ketika berdepan isu yang memakan diri mereka dikutuk sekeras-kerasnya.

8. UMNO dan BN Selangor akan terus melakukan politik matang dan percaya kebenaran akhirnya akan muncul di sebalik fitnah dan tohmahan yang dilempar.



******
P/S:
Video
Siapakah diatas kalau bukan urusetia pihak penganjur yang jelas dalam video ini 

Pasukan teknikal penganjur program Nothing To Hide 2 sendiri dikesan membaling kerusi. Mengapa salahkan orang lain? 

Azmin Ali perlu jawab kerana ia berlaku di dalam Dewan milik Kerajaan Negeri Selangor. Bilik ini seharusnya dalam kawalan mereka.