Kenyataan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri
7 September 2017
1. Sekarang ianya jelas bahawa DAP adalah 'Top Dog' dalam Pakatan Harapan, dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin de facto dengan bijak menggunakan kuasanya dan memberi arahan dalam Pakatan Harapan. Ini adalah strategi Ali Baba di mana barisan hadapannya adalah orang Melayu tetapi orang yang sebenarnya berkuasa berada di belakang tabir.
2. Walau bagaimanapun, orang Melayu hari ini mula membenci taktik kotor ini kerana ia menghina kepintaran mereka. Kenapa DAP dan Kit Siang bermain helah ini? Oleh kerana sekarang ini pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan semakin merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu baru di depan untuk menyamarkan mereka.
3. DAP dan Kit Siang sangat mengetahui bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka secara terang-terangan. Tetapi daripada menyokong rakan kongsi mereka yang sedia ada seperti Wan Azizah dalam PKR atau Mat Sabu dalam PAN, mereka memilih untuk membentuk satu pakatan baru dengan Dr Mahathir Mohamad kerana mereka sangat mengetahui bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU14 dan bahawa partinya hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.
4. Keputusan DAP untuk menggunakan Mahathir untuk memimpin Pakatan adalah satu penghinaan kepada PKR dan PAN. DAP dan Kit Siang membuat keputusan ini berdasarkan pengalaman dan kesungguhan Mahathir. Tetapi ini jelas bersifat hipokrit kerana parti-parti pembangkang melancarkan gerakan reformasi secara nyata terhadap Mahathir.
5. Jadi, Kit Siang menggunakan musuh lamanya untuk mengetuai perarakan DAP ke kawasan Melayu. Itulah sebabnya mereka membiarkan Mahathir yang bercakap mengenai dasar-dasar.
Tujuan utama DAP adalah untuk memenangi pengundi Melayu. Bagi Kit Siang secara peribadi, kerjasama dengan Mahathir bertujuan untuk menghapus imejnya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Tetapi apa yang gagal difahami oleh Kit Siang ialah orang Melayu dapat merasakan bahawa mereka sedang digunakan oleh DAP.
7. Ianya bukanlah rahsia lagi bahawa undi untuk Pakatan adalah undi untuk DAP, dan bukannya untuk PKR, PAN atau PPBM. DAP adalah kuasa sebenar di sebalik pembangkang. Walau bagaimanapun, DAP kini berada dalam keadaan panik kerana mereka sedar bahawa orang Melayu tahu akan apa yang sedang berlaku, dan ketuanya yang sebenar adalah Kit Siang.
DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI
********
Rujukan:
‘Top Dog’ Tidak Bermaksud Boleh Membuat Keputusan, Kata Pemangku Pengerusi DAP Kepada Mahathir
Mahathir Sanggup Jadi Top Dog Pada DAP Dan PKR Semata-Mata Kerana Takut RCI Forex
Hipokrit Akhir Zaman Top Dog