Himpunan Kleptokrasi Tidak Sehangat BERSIH

Penggal kali ini boleh dianggap sebagai penggal yang penuh mencabar buat kerajaan. Manakan tidak, di pihak Pakatan Harapan, mereka seboleh-bolehnya mahu mengadakan siri himpunan jalanan yang sememangnya bukan budaya kita dalam berpolitik.

Sebut sahaja apa jua bentuk himpunan, jika ada sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati, maka mereka akan menghasut rakyat untuk turun ke jalanan bagi menunjukkan bantahan sedangkan mereka  mempunyai kuasa untuk membawa sesuatu isu itu ke Parlimen atau menyuarakan pendapat mereka di saluran yang betul.

Himpunan toksik, puak LGBT yang datang. Himpunan untuk orang mabuk, sedang diusahakan oleh mereka menerusi pesta arak. 

Terbaru, satu himpunan yang di beri nama Himpunan Anti Kleptokrasi Selamatkan Malaysia bakal dianjurkan di Petaling Jaya pada 14 Oktober ini. 

Himpunan ini akan diketuai oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad yang kononnya mahu menentang amalan kleptokrasi di dalam kerajaan hari ini. 

Mahathir nampaknya tidak berpijak di bumi yang nyata sedangkan pada masa Mahathir memerintah dulu, beliau sendiri digelar bapa kroni, nepotism dan korupsi.

Tapi memang telah diduga, Mahathir cepat lupa. Contoh terdekat adalah ketika memberikan keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga matawang asing (Forex) hingga RM32 bilion. 

Mahathir dia tidak tahu tentang skandal kehilangan wang terbesar bank di dunia itu. 

Dan kali ini, Mahathir mensasarkan jumlah yang akan menghadiri himpunan itu adalah antara 30,000 ke 50,000 orang. Namun ketika beliau mempromosikan himpunan itu, tidak nampak pula pemimpin pembangkang lain yang beria-ia dalam perhimpunan ini.

Malahan ia tidak sehangat ketika himpunan haram Bersih diadakan sebelum ini. Bukan itu sahaja, Bersih juga setakat ini masih belum memberikan kata putus mengenainya sama ada mahu menyertai himpunan itu atau tidak. 

Ia menunjukkan bahawa sambutan terhadap himpunan kleptokrasi ini adalah hambar dan ia diakui sendiri oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Mohamad kepada satu portal pembangkang. 

Beliau bersama lima pemuda PAN telah berkumpul di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur, Sabtu lalu bagi mengagihkan lebih 100 risalah berhubung demonstrasi antikleptokrat itu.

Tapi malangnya, kempen itu hambar sangat. 5 orang sahaja yang hadir. Bagaimana mahu mengumpul 30,000 ke 50,000 peserta untuk menyertainya?

Sedangkan himpunan itu hanya beberapa hari sahaja lagi.

Himpunan Bersih yang diuar-uarkan dengan begitu hebat sekali pun gagal menarik perhatian ramai walaupun ia dihadiri oleh Mahathir.

Nampaknya kali ini, respon daripada orang ramai sama sahaja. Ia lebih kepada himpunan syok sendiri dengan masing-masing mahu bercakap. Selepas habis bercakap, maka pulanglah peserta ke rumah masing-masing.

Yang untung adalah penjual air dan burger di situ. Himpunan kleptokrasi ini sudah basi. Lebih ramai orang dijangka akan ke Hari Sukan Negara atau duduk di kedai mamak tonton Liverpool lawan Manchester United. 

Buat apa dengar cakap orang yang "tidak tahu" bila hilang sampai RM32 billion. Yang dapat derma RM1 billion kenalah datang dan dengar. Apa yang pasti himpunan kleptokrasi ini pasti hambar. 

Inilah jadinya bila orang tua yang ketuai demo. Budak budak reformasi tidak akan datang untuk bersama dengan orang yang mereka panggil Mahafiraun ini.