Pengorbanan Syed Saddiq Tak Perlu Guna Sidang Media - E Nalini (SUARAM) 

Syed Saddiq kena dengan E Nalini seorang aktivis SUARAM. 

***********
Sesuatu pengorbanan boleh dilakukan tanpa publisiti untuk dilihat mulia, kata aktivis hak asasi E Nalini sebagai reaksi terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Melalui akaun Facebook, Nalini berkongsi klip video KiniTV sidang media Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang mengumumkan menolak biasiswa Universiti Oxford untuk kekal dalam arena politik.

“Ramai orang berkorban pelbagai hal untuk negara ini. Ada yang korbankan hidup mereka; ramai yang korbankan kebebasan mereka; ramai yang korbankan kehidupan biasa-biasa dan menjalani kehidupan ringkas untuk perjuang apa yang mereka percaya.

“Mereka tak buat sidang media untuk beritahu mereka korbankan sesuatu.

“Anda anak muda, masih banyak peluang yang menunggu anda di luar sana. Jika anda buat sesuatu keputusan, ia adalah keputusan anda sepenuhnya, dan anda tak perlu buat diri sendiri kelihatan mulia melakukannya.

“Setiap rakyat Malaysia perlu berkorban sesuatu dalam cara tertentu untuk melihat perubahan,” tulis Nalini.

Ramai pengguna media sosial turut bersetuju dengan Nalini dengan menulis di ruangan komen berkata bahawa Syed Saddiq boleh saja meneruskan “perjuangannya untuk Malaysia yang lebih baik” selepas menamatkan kursus ijazah sarjana (Master).

Ada pihak yang mengkritik ketua armada Bersatu itu cuba mencari political mileage dengan pengumumannya itu, sementara ada juga yang mengatakan Nalini agak kasar dengan reaksi balasnya itu.


***********
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155719302688895&id=573683894