Hamid Apdal yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal direman selama lima hari.
Majistret Mahkamah Kota Kinabalu, Stephanie Sherron Abbie meluluskan permohonan itu yang dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semalam, SPRM menahan Hamid pada jam 9.30 malam semalam dan disoal siasat kira-kira tiga jam di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.
Semalam, dua pemimpin pergerakan Pemuda UMNO iaitu Ketua Penerangan, Jamawi Jaafar dan EXCO Pemuda Ariffin Kassim serta Ketua Pemuda WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman turut direman lima hari.
Penahanan itu dibuat berhubung dakwaan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berniai RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika Shafie memegang jawatan menteri berkenaan.