Saya tegelak setiap kali saya dihantar propaganda pembangkang di bawah yang sering dikitar semula.
"Ini fakta", mereka kata.
Betul-lah ini fakta *KALAU*:
1) Rakyat pam minyak mentah yang tidak perlu ditapis. (Harga yang digunakan ialah harga MOPS dan bukan harga minyak mentah.); dan
2) Syarikat Minyak dan stesen minyak tak payah ada margin keuntunggan (profit margin).
"Fakta" ini hanya betul kalau minyak mentah secara ajaib masuk terus ke dalam kereta masing-masing.
"Fakta" yang lain ialah USD75.58 = RM253.44 maksudnya kadar tukar matawang ialah USD1 = RM3.35
Bodoh punya propa pembangkang yang berikut disebar luas di applikasi WhatsApp.
***********
Ini fakta
Harga minyak dunia sekarang $75.58@RM253.44 setong@1 barrel
1 barrel bersamaan 159 liter...
Harga sebenar:-
159 liter =RM253.44
1 liter = RM 1.59
RM 1.59 - RM 0.20 (subsidi) = RM 1.39
Kerajaan penyamun letak harga runcit utk 1 liter = RM 2.30
RM 2.30 - RM 1.39 = RM 0.91
SELAMA INI SUBSIDI ITU HANYA BOHONGAN PENYAMUN RUPANYA SAPU KELILING
Sebarkan......
Fakta 'kepala bapak dia'