Dunia sudah terbalik. Apa yang dulu dianggap sebagai kunyit yang jijik, kini dianggap suci dan wangi. Semua itu bertukar semata mata hanya kerana mengejar kuasa untuk anak sendiri dan kroni. Peliwat pun sudah dianggap tahanan politik oleh Mahathir.
Semalam, dalam satu kenyataan, Mahathir menyatakan Anwar sebagai tahanan politik yang telah menjalani hukuman penjara lebih daripada 34 bulan dan kini memerlukan penjagaan kesihatan yang komprehensif.
Bekas IGP sangkal dakwaan Anwar tahanan politik
Video:
https://youtu.be/WfmzX6gctUo
Mahathir membuat gesaan itu dalam kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia yang berpangkalan di AS, Kimberly Motley.
"Anwar adalah tahanan politik dan telah menjalani hukuman penjara lebih daripada 34 bulan. Beliau dijadualkan untuk dibebaskan pada bulan Jun 2018 dan keadaan kesihatannya sekarang menjadi kebimbangan kepada keluarganya, kawan-kawan, dan orang ramai di seluruh dunia," kata kenyataan bersama Mahathir dan Kimberly Motley, peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat.
Dulu kata media asing dan badan hak asasi ini cuba campuri urusan negara ini bila pertikai mengapa Mahathir penjarakan Anwar Ibrahim. Kini sudah bercium mulut pula dengan media asing dan badan hak asasi ini semata mata hanya kerana hendak mengejar kuasa dan menjatuhkan Datuk Seri Najib.
Dulu apa yang Mahathir tidak pernah kata pada Anwar Ibrahim. PKR ditubuhkan kerana marahnya Anwar Ibrahim dan keluarganya terhadap tindakan Mahathir memenjarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat.
http://pakdin.my/mahathir-u-turn-kes-liwat-anwar-ibrahim/
Pada 22 September 1998, dalam satu sidang media di Jabatan Perdana Menteri, Mahathir tampil menceritakan tentang aktiviti liwat Anwar Ibrahim.
“Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara ini,” kata Mahathir.
Bukan setakat itu sahaja, Mahathir menjelaskan lagi bahawa ada “seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat, tetapi semasa proses itu beliau (Anwar)… saya tidak tahu apa anda menyebutnya… melakukan onani terhadap lelaki itu?” kata Mahathir.
Hari ini bila ditanya soalan mengenai liwat ini, Mahathir beri jawapan lain. Tidak menjawab dengan jujur dan jelas apa yang disoal.
Mahathir dulu cukup yakin dan percaya Anwar melakukan liwat biarpun tidak berada sama dalam bilik kejadian liwat itu berlaku. Tahu semua perkara. Namun bila hilang RM32 billion dari Bank Negara, Mahathir boleh cakap “tidak tahu” pula dengan alasan tidak berada dalam bilik urusniaga forex tersebut.
Selama hampir dua dekad Mahathir konsisten percaya Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat itu. Semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, pada 15 April 2011, di Kampung Pulo Ulu, Kuching, Mahathir dalam ceramahnya menyatakan seperti berikut ;
“Akhirnya sekali, orang semacam ini (Anwar) tidak layak menjadi Perdana Menteri, fikirkanlah orang semacam ini kita hendak duduk dekat pun takut. Maaflah saya cakap kotor sikit. Tak berani beralih belakang kat dia pun (Anwar),” kata Mahathir.
Hari ini orang yang dikata oleh Mahathir melakukan perbuatan kotor itulah yang mahu dibebaskan oleh Mahathir. Pada 12 November 2016, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Mahathir memakai badge “Free Anwar Ibrahim”.
Pada 22 Mei 2017, di Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 di Shah Alam, Mahathir tandatangan petisyen untuk bebaskan Anwar Ibrahim dari penjara. Pada 30 September 2017, di Akademi Ulum Munawwarah, Bandar Baru Bangi, Mahathir bersolat hajat untuk membebaskan Anwar Ibrahim.
6 Julai 2017, dalam satu temubual dengan akhbar The Guardian, Britain, Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan agar Anwar Ibrahm menjadi Perdana Menteri. Satu demi satu pusingan ‘u turn’ dibuat oleh Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.
Satu sahaja pusingan ‘u turn’ yang masih belum dibuat oleh Mahathir iaitu mengakui bahawa dulu Anwar Ibrahim adalah bukan peliwat dan Anwar dihukum penjara kerana kesalahan politik bukannya kesalahan liwat. Perkara ini Mahathir masih belum lagi mengakui sampai hari ini.
Oleh kerana itulah, dalam satu program “What Say Youth Town Hall – Conversation with Tun Mahathir and Lim Kit Siang” yang diadakan pada 22 November 2017, Mahathir ketika ditanya soalan mengenai liwat , Mahathir masih lagi berpegang kepada kenyataan asalnya iaitu Anwar Ibrahim masih peliwat dan melancapi lelaki lain.
Lihat video:http://portal.pakdin.my/2017/11/video-anak-muda-tanya-mahathir-dakwaan.html
Di sinilah dapat dilihat betapa tidak jujurnya Mahathir. Dulu dia percaya Anwar berkunyit, tetapi sekarang dia kata Anwar dipenjarakan sebab politik pula. Agenda peribadi Mahathir sudah terserlah. Akibat mahu kuasa bagi kepentingan kroni dan anaknya sendiri, kunyit pun sudah jadi suci dan murni.
Lihatlah sendiri betapa berbelitnya perangai seorang yang terlalu hendak pada kuasa. Esok lusa, perangai dia boleh berubah lagi. Kalau ikut apa yang Mahathir cakap, semua rakyat Malaysia akan bergaduh sesama sendiri setiap hari. Oleh itu, jangan percayalah cakap Kerala ini, silap silap dia ‘u turn’ lagi selepas ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB697, Khamis
14 Disember 2017