Tun Mahathir Mohamad menaruh keyakinan kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat AS Donald Trump membatalkan pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berharap Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bakal dihadiri Najib di Istanbul 13 Disember ini dapat menghasilkan keputusan positif dalam mendesak AS menarik balik keputusan pengisytiharan tersebut.
“Saya berpendapat pimpinan Kerajaan Malaysia, Najib ini amat rapat dgn Trump.
“Oleh itu saya harap najib yang akan menghadiri mesyuarat OIC di Turki akan memasukkan perkara ini untuk berjumpa dengan Trump.
“Oleh kerana Trump ini sahabatnya, saya yakin beliau dapat memujuk AS menarik balik pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,” katanya pada sidang media khas PH di Petaling Jaya, Selasa.
Pada sidang media itu, PH mengumumkan untuk menganjurkan satu perhimpunan bantahan terhadap pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di hadapan Kedutaan AS pada 15 Disember ini.
Sidang media khas itu turut dihadiri beberapa pemimpin utama PH seperti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Perhimpunan itu bercorak pelbagai agama dan bangsa yang akan menunjukkan bantahan secara aman di hadapan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat nanti.
“Ini bukan soal agama dan bangsa, ini kerana masyarakat dunia juga menentang keputusan Trump yang tidak menghiraukan pendapat antarabangsa, Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ketiga-tiga agama dan ini soal hak asasi manusia,” jelas Mahathir.
Ditanya adakah perhimpunan ini telah mendapat permit polis, Presiden PAN Mohamad Sabu menegaskan pihak PH akan menghubungi polis untuk mendapatkan kebenaran.
“Itu bukan perkaranya, tetapi kita akan menghubungi polis, ini perhimpunan aman,” katanya.