Mahathir tanya apakah babi halal jika disembelih menggunakan nama tuhan?
Sungguhpun Mahathir menulis dalam lenggok sarkastik, tapi nampak macam beliau sudah macam beruk sarkas.
Semua ini hanya untuk menyindir mengenai halal haram haji yang dibiayai oleh 1MDB.
Masalah Mahathir ialah pada sebahagian orang beliau menyatakan wang 1MDB telah dicuri. Pada orang kampung pula beliau memberitahu 1MDB hantar jemaah haji menggunakan wang curi.
Jadi mana satu? Wang 1MDB dicuri atau 1MDB curi duit?
Sarkastik Mahathir hari ini tidak lebih macam beruk sarkas sahaja.
Dalam sarkas dulu-dulu, beruk akan membuat pelbagai persembahan berbeza untuk menghiburkan penonton yang berbeza. Beruk Sarkas akan melihat reaksi penonton sebelum meneruskan persembahan.
Jadi ada penonton akan melihat persembahan punggung beruk, ada yang melihat persembahan mimik muka beruk, dan ada yang akan menonton aksi gayut dan lompat.
Ada beberapa hal-hal ijtihad lama beliau bangkitkan untuk babitkan dengan isu babi haram. Jelas beliau tidak faham antara haram dengan nas bersifat “qatie” dan haram dari segi ijtihad.
Apakah tujuannya bertanya dalam blog beliau?
Pada usia 92 tahun Mahathir masih belum menemui jalan. Semoga Allah selamatkan beliau.
__________
Rujukan:
Ab Jalil Backer
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215455194233396&id=1244194023