PM Najib ucap Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat India

PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SAMBUTAN PONGGAL 2018

Thai piranthal vazhi pirakkum’, begitulah harapan ramai di kalangan komuniti India setiap kali tibanya bulan ‘Thai’ dalam kalendar India. Di saat kita melihat ke arah satu permulaan yang baru dalam kehidupan kita, marilah kita melihat semula perjalanan kita sebagai sebuah negara bangsa yang telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk membina Malaysia yang aman, harmoni serta semakin moden pada hari ini.

Pendekatan Kerajaan yang inklusif dan mengutamakan kerjasama bersama masyarakat telah membolehkan lebih setengah juta masyarakat India mendapat manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek Kerajaan sejak tahun 2009. Kesinambungan ini akan diteruskan untuk memastikan masa depan masyarakat India di Malaysia sentiasa terjamin.

Bersempena sambutan perayaan Ponggal tahun ini, marilah kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dan persefahaman di kalangan kita dengan harapan bahawa sambutan ini membawa satu permulaan yang baru bagi Malaysia yang lebih maju dan berjaya. 

Percayalah, masa depan adalah milik kita bersama, ‘Naalai Namathey!’. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ponggal, atau ‘Ponggal Vaalthukal’ kepada seluruh masyarakat India di Malaysia.


#RespectmyPM
#TerimakasihPM