Mahathir sebenarnya lebih suka sistem lama "PAJAK" di mana syarikat-syarikat kroni besar memiliki ribuan lesen teksi dan mereka memajakkannya kepada pemandu yang sebenar dengan syarat dan bayaran yang dikata membebankan.
Apa keperluan Uber dan Grab?
Itu sebabnya syarikat pajakan lesen teksi akan menyokong PRIBUMI.
Mari kita kembali kepada cara yang biasa dilaksanakan di bawah Mahathir. Bagi lesen kepada syarikat kroni dan tekan pemandu teksi yang terpaksa memajak daripada syarikat mereka.
Lebih baik pemandu teksi pajak dibantu untuk menjadi pemandu Uber dan Grab sementara yang tidak berkemahiran mengendali peranti keperluan e-hailing diberi lesen teksi individu.
Syarikat pemilik lesen teksi boleh lah cari perniagaan lain berkaitan pengangkutan.
*******
Big Blue founder to support Parti Pribumi if Uber, GrabCar allowed
https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/12/big-blue-taxi-founder-threatens-to-support-parti-pribumi-if-uber-grabcar-allowed/