Agong sokong usaha perkenal undang-undang kekang berita palsu

"陛下也希望没人将国家安全课题,当作玩笑及政治玩物"
“Tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik,”

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah baginda menyokong cadangan penggubalan undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial.

Titah baginda, penyebaran berita palsu perlu dikekang, kerana ia akan memberi pengaruh negatif kepada rakyat.

"Pada masa ini, media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai dan budaya sesuatu masyarakat.

"Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik masyarakat.

"Dalam hal ini, beta amat menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Parlimen ke-13 hari ini di Dewan Rakyat.

Sultan Muhammad V turut menitahkan agar kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutamanya dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta membanteras aktiviti pemerdagangan orang.

“Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik,” titah Seri Paduka.

Pada bulan Januari, Kerajaan mengumumkan bahawa jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji undang-undang untuk membanteras berita palsu yang mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam.

Pada 28 Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah perlu untuk memperkenalkan undang-undang untuk membendung berita palsu kerana rakyat boleh terpesong sehingga membenci kerajaan atau melakukan sesuatu seperti merusuh kerana terpengaruh dengan berita palsu.



-----------
国家元首苏丹莫哈末五世支持立法,遏制在社交媒体散播假新闻和诽谤的现象,因为该平台在塑造社会价值和文化方面深具影响力。

陛下今天为第13届第6季第一次国会会议开幕,在发表施政御词时,吁请政府继续提升安全监控水平,特别是在执法方面包括网络、收集情报、边界和国家海域巡逻,以及打击贩卖人口活动。

陛下也希望没人将国家安全课题,当作玩笑及政治玩物。

“朕也呼吁各造采取更有效的防范措施及执法,遏制日益严重的年轻人及学生滥用毒品现象。”

苏丹莫哈末五世说,政府将持续加强打击公共行政管理的纰漏、舞弊和滥权元素,以期令使我国跻身世界20强。

陛下对我国的伊斯兰法指数上升感到欣慰,并指这是政府的承诺根据联邦宪法,以伊斯兰教作为联邦宗教执行国家行政。

“在这方面,大马向来主张的中庸价值已获得世界信任,我国在联合国大会提呈解决极端主义及激进主义的议案已被接纳。”

苏丹莫哈末五世也对政府推行各项强化女性的计划及活动,包括确保30%女性参与决策权一事感到高兴。

另外,苏丹莫哈末五世形容团结是和平、和谐生活及国家稳定的关键,陛下希望国家历史遗产得以传承,以及人民继续加强国语的掌握能力。
-----------
#YDPA
#Agong
#SultanMuhammadV
#BeritaPalsu
#MediaSosial