Seperti di duga, parlimen Switzerland telah menolak usul ahli parlimen parti Sosial Demokrat CARLO SOMMARUGA, yang kononnya, mencadangkan wang yg di katakan terkait 1MDB di negara itu di kembalikan kepada rakyat MALAYSIA. Hanya 53 menyokong manakala 138 menentang.
Sebelum PRU 13 dulu SOMMARUGA juga membangkitkan isu dgn kaedah dan timing yang hampir serupa, iaitu menjelang PILIHARAYA UMUM dan dengan tujuan mensasarkan ahli politik tertentu di Malaysia. Beberapa orang dari pihak pembangkang di Malaysia ternyata terlibat mengatur perkara ini.
Sommaruga di ketahui mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh pembangkang dan NGO ANTI KERAJAAN.
Baru-baru ini LIM KIT SIANG DAN WAN AZIZAH turut berperanan untuk cuba highlight FAKE NEWS seolah olah ADA WANG 1MDB (maka ianya wang rakyat) yg di tahan di Switzerland. Sekiranya usul itu di luluskan maka PH akan beroleh laba politik di saat mereka terus buntu dan strategi FAKE NEWS mereka satu persatu kantoi separuh jalan..
Mereka masih mahu memberi gambaran pada rakyat BAHAWA 1MDB KEHILANGAN WANG, WANG 1MDB DI CURI, dan cuba mensasarkan tuduhannya kepada YAB Perdana Menteri Najib Razak, sebagai senjata menjatuhkan PM. Walhal wang yg di bekukan di Switzerland adalah melibatkan denda dan penalti beberapa bank di Switzerland yang terkait dengan perlanggaran peraturan perbankan negara tersebut dan usul itu pula bersifat umum dan bukan usul mengenai wang 1MDB.
Tapi sekali lagi mereka beroleh malu. Ahli Parlimen negara maju seperti Switzerland bukan cap ayam seperti sesetengah dari kita di sini. Malah sewaktu usul ini di bawa tahun lalu, kabinet Switzerland telah menyebut dengab jelas usul ini harus di tolak kerana bercanggah dengan asas undang undang.
Sudahlah wang RM430j yang di rujuk itu bukan dari 1MDB, malah 1MDB sendiri berkali-kali menegaskan mereka tiada kehilangan apa apa wang.
Perlu di fahami 1MDB menjalankan urusniaga dan pelaburan dgn atau melalui pihak tertentu, dan kebertanggungjawaban mereka terhad setakat mana dan dengan siapa mereka berurusan..
Apa apa yg berlaku dan di lakukan orang lain, apa lagi di negara lain dengan wang yang di labur mereka adalah sama sekali di luar kuasa 1MDB. Yang penting 1MDB melabur secara sah DAN TELAH MENDAPAT KEMBALI PELABURANNYA, malah dengan keuntungan. Mana mungkin setelah beroleh pulangan dari pelaburannya, dan dengan tiada kehilangan apa apa 1MDB mahu menuntut wang pelaburan yang sudah menjadi hak orang lain sebagai hak mereka. LAIN LAH KALAU 1MDB KEHILANGAN WANG MEREKA. Jika itu berlaku semestinya kehilangan itu DI CATAT DLM AKAUNNYA, dan akaun itu sudah di periksa lumat oleh PAC, yang turut di anggotai ahli parlimen PAS, PKR DAN DAP.
Pembangkang benar benar mahu membina persepsi WANG DI CURI. Mereka mahu jadikan FAKE NEWS mereka sebagai modal besar PRU14.... mereka tidak akan berjaya. MASA ADALAH PENAWAR MUSTAJAB KEPADA KEPALSUAN. KERANA SELEPAS SEDIKIT MASA, TETAP DATANG KEBENARAN.. DAN DENGAN NYA, TERHAPUSLAH KEBATILAN.
Kesabaran di pihak kerajaan dengan terus menerus menumpukan kepada tanggungjawab mengurus negara, dan memberi masa yang panjabg untuk rakyat menilai sebelum membubarkan parlimen.
AKHIRNYA SATU DEMI SATU BERITA PALSU/FAKE NEWS BERKUBUR BERSAMA PEMBAWANYA!!.....
-----------
Rujukan:
#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP
#TolakPolitikFitnah
----------
Nota kaki:
Ahli Parlimen Swiss bukan Menteri Swiss, bukan jurucakap Kerajaan. Kaki goyang pokok untuk cari makan juga. Pelobi politik Barat lagi dahsyat, tidak percaya tanya Tun Mahathir berapa bayar jumpa Bush.
Ahli Parlimen barat pun macam-macam, macam sini juga.
Ada yang masuk air macam Mat Sabu dan Mahfuz Omar; Ada otak belit macam Khalid Samad dan Hanifa Maidin; dan ada juga macam Lim Guan Eng dan Azmin Ali terjerit rasuah sana sini, dia pun “terpalit” sama.
Masalah orang Malaysia bila orang tu nama “barat”, Ahli Parlimen negara sana, ada yang anggap seolah-olah kenyataan ahli parlimen sana tu setaraf nabi. š