Baru-baru ini seorang ahli perniagaan dengan gelaran Dato Sri ditahan reman oleh SPRM kerana menerima bayaran RM19 juta pada bulan Julai 2017 dari SPV Terowong Pulau Pinang seperti apa yang dilaporkan sebagai bayaran untuk menghentikan siasatan SPRM ke dalam projek Terowong Pulau Pinang.
Sebahagian lagi RM3 juta dibayar kepada orang lain untuk tujuan yang sama - menjadikan jumlah bayaran keseluruhan sebanyak RM22 juta dalam usaha untuk menghentikan siasatan yang akhirnya gagal.
Ramai yang telah mempersoalkan apakah jumlah sebenar rasuah dalam salahlaku dalam projek Terowong Pulau Pinang jika RM22 juta dibayar hanya dalam cubaan untuk menghentikan penyiasatan SPRM.
Malam kelmarin, gambar seorang individu yang menyerupai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama Dato Sri yang menerima RM19 juta itu telah menjadi viral di media sosial bersama dengan kapsyen menunjukkan gambar itu diambil di rumah Dato Sri di masa Dato Sri mula menerima pembayaran RM19 juta.
Sebelum ini, Guan Eng menafikan mengetahui mengenai pembayaran berjumlah RM22 juta oleh SPV Terowong Pulau Pinang.
Jika foto ini benar, Guan Eng seharusnya mengesahkan sama ada beliau mengenali Dato Sri tersebut, mengapa dia pergi ke rumah Dato Sri, bilakah gambar ini diambil dan apa hubungannya dengan Dato Sri.
Sekiranya beliau beranggapan foto ini disunting atau diedit maka pergilah buat laporan polis bahawa seseorang sedang memfitnah dirinya.
Kami menunggu pengesahan atau penafian Guan Eng.
-----------
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/zenith-construction/
https://pakdin.my/bukti-lim-guan-eng-arah-zenith-bayar-rm19-juta-kepada-gnanarajah-terdedah/