Sejak minggu lepas lagi, Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara. Semua rakyat boleh merasa duit BR1M termasuklah kira kira sejuta orang penerima BR1M di Selangor.
Melalui kerajaan BN pusat, bolehlah juga orang Selangor dapat merasa duit BR1M. Ini bukti jelas kerajaan BN mempedulikan nasib rakyat. Bukan seperti kerajaan pimpinan PKR dan DAP, di Selangor dan Pulau Pinang yang asyik membuli rakyat dengan pelbagai masalah dan isu.
Lebih baik orang Selangor beri balik kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah Selangor, banyak sangat isu isu yang tidak selesai di Selangor. Enam daerah di Selangor alami masalah air, sudah beberapa hari ianya berlaku namun Azmin Ali terus diam tanpa ada sebarang pelan kontigensi.
Rakyat tidak mandi ada Azmin peduli? Tidak. Anak kecil menangis sebab tiada air hendak buat susu ada Azmin peduli? Tidak. Azmin Ali hanya balut tengkuk sahaja, minta simpati. Mana dia peduli nasib rakyat Selangor yang bersusah payah sakit pinggang di bawah mengangkut air.
Dalam manifesto dan slogan di papan tanda bukan main lagi sebut mengenai “peduli rakyat”, namun secara realitinya kerajaan Selangor yang diperintah oleh PKR tidak mengamalkan pun konsep peduli rakyat itu. Apa yang dibuat adalah mereka membuli rakyat.
Harga rumah tinggi, projek rumah rakyat dibatalkan. Rumah tok siak dalam masjid pula dirobohkan. Cukai naik sampai 400% di Selangor, Azmin membuli rakyat dengan beban cukai pintu yang tinggi. Caj parking di kawasan kedai dan kediaman juga dikenakan.
Azmin Ali buli rakyat di Kajang, Bangi dan Cyberjaya, “parking” sekejap sahaja untuk beli susu anak di Speedmart pun kena saman dengan penguatkuasa. Ini tindakan yang amat tidak bertimbangrasa dan membebankan rakyat.
Sudah kena 20 sen duit plastik masa beli susu anak, kena lagi saman RM10 sebab “parking”. Terdesak sangat hendak rizab negeri banyak sampai kena kutip 20 sen duit plastik dan saman dari poket rakyat.
Jalan yang teruk dan berlubang tidak baiki, habis itu duit MARRIS yang masuk beratus juta itu digunakan untuk tujuan apa? Boleh lihat sendiri bagaimana teruknya kualiti jalan di Dengkil, Bangi, Shah Alam, Puchong, Seri Kembangan dan seluruh Selangor. Lubang di merata tempat, asyik terjun dalam lopak sahaja tayar motorsikal rakyat Selangor.
Sampah tidak dikutip, terbiar sampai longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi. Sungai juga makin kotor sehingga membawa kepada peningkatan penyakit denggi.
Kes denggi di Selangor pada 2018 adalah yang tertinggi di Malaysia, dalam bulan Februari lepas sahaja sudah ada 1,353 kes demam denggi. Rakyat kena buli dengan Azmin Ali, yang hidup senang lenang menghisap darah rakyat adalah nyamuk denggi.
Paling utama adalah masalah krisis air di Selangor. Punca utamanya adalah kerana Azmin Ali melengah lengahkan pembinaan loji baru dan pengambilalihan SPLASH. Duit dari kerajaan BN pusat sudah ambil sampai RM22.3 billion, tetapi masalah air tidak selesai selesai juga. Mana pergi duit itu?
“Inilah masalahnya, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut, perkhidmatan tak baik, saya dah dapat laporan tentang kisah pentadbiran air di negeri Selangor ini. Apa cara untuk selesaikan (masalah ini), tukar dan tawan semula kerajaan Selangor, saya janji masalah air selesai” kata Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia semalam di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam, Selangor,
Memang benar, lebih baik rakyat Selangor beri balik kerajaan Selangor kepada Barisan Nasional yang lebih peduli nasib rakyat bukan seperti kerajaan PKR-DAP yang asyik membuli rakyat dengan pelbagai masalah dan isu.
Teruk sangat sudah rakyat Selangor kena buli, sampai kena mandi air hujan bila air tiada. Serik seriklah, jangan buat silap lagi bila mengundi nanti. Dulu berbaris untuk mengundi, kini berbaris untuk ambil air dari lori.
Tulisan :
Beruang Biru
BB809, Khamis
7 Mac 2018