Perasmian Lebuh Kuantan di Qinzhou: Cina jual negara kepada Malaysia?


Pagi ini, jalan yang bernama Lebuh Kuantan telah dirasmikan di bandar Qinzhou, Guangxi, China oleh wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kuantan.

Lebuh Kuantan ini berada di Taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia Industrial Park (CMQIP) di bandar Qinzhou di China yang dimiliki 49% oleh Malaysia.

Keluasan CMQIP ialah 3 kali ganda lebih besar dari Taman perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang yang dimiliki 51% oleh Malaysia.

Lebuh Kuantan di Qinzhou ini merupakan balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou.






--------------
Rujukan: